Janna Wafdan 3

1.9K 98 0
                                    

(EDITED)


Vote ❤ & comment 💬


LENGAN Wafdan aku peluk erat. Tak mahu untuk melepaskan tangan itu setelah empat hari berlalu. Dan harini, tiba untuk kami berpisah untuk kali yang seterusnya untuk jangka masa yang panjang. Agak panjang lah kan kalau aku katakan dalam tempoh dua minggu?

"Kita dah sampai dari tadi lagi sayang. Sampai bila nak peluk-peluk tangan aku macam ni? Kau memang taknak masuk rumah ke?" menunduk dia melihat wajahku yang bersandar pada lengannya itu.

Aku menjeling. Ada gaya nak menghalau aku cepat-cepat saja. Aku kuatkan lagi pelukan pada lengan itu. Rasa nak menagis tiba-tiba datang menyapa. Tak nak berpisah dengan suami aku. Tapi apa yang boleh kami buat...

"Saya rasa nak berhenti belajar la..."

"Haip, apa kata macam tu? Kan ada satu sem lagi. Itu pun practical. Tak payah lah berhenti belajar. Sayang je bazir masa belajar, at last berhenti."

"Tapi saya nak duduk dengan awak. Bosan lah mengadap muka Ashi."

"Eleh, iya lah tu bosan. Kau kalau dengan dia, aku ni pun tak terlayan tau. Atau sebenarnya kau cintakan aku?"persoalannya penuh dengan gurauan.

Namun aku tahu, dia tidak bergurau.

Pertanyaannya membuatkan aku terdiam sepi. Lidah hilang kata-kata yang tadinya lantang bersuara.

Cintakah aku kepada dirinya?

Apa yang aku tahu, aku sayangkan dia. Aku perlukan dia. Tapi tidakkah perasaan sayang dan cinta itu sangat jauh definisinya. Jauh beza antara 2 perkataan itu.

Dan hati aku sangat bijak membuat rasa ini berputar belit. Hinggakan aku sukar untuk mencari jawapan sebenar untuk soalan itu.

Atau itu cuma perasaan yang datang ketika aku rasa kesunyian?

Aku sendiri kurang pasti. Aku perlukan dia dalam hidup aku. Tapi aku tak tahu untuk mentafsir maksud perlukan dia dalam diri aku. Adakah ianya membawa kearah rasa cinta atau sayang?

Aku angkat kepala dari bersandar terus ke lengannya. Menatap mata bundar yang teguh memerhati aku dari tadi, tanpa berkalih. Begitu setia menunggu aku dari dulu sehingga sekarang. Langsung tidak berpaling walaupun itu sudah pasti melihat lebih banyak wanita cantik dan baik lebih dari diriku.

Kedua belah tangan aku angkat memenang pipinya. Dahi kami bercantum. Aku pejam mata menikmati rasa ini.

Rasa selesa.

Rasa disayangi.

Rasa dicintai.

"Aku cintakan kau, Janna. Dari dulu sampai sekarang." Ucapnya Wafdan perlahan. Berbisik menyapa telingaku.

"Aku tahu, kau masih belajar mencintai aku. Dan aku nak ucap terima kasih untuk effort yang kau berikan. Aku cuma mahu pesan satu benda untuk kau, tolong jaga hati kau untuk aku. Khas untuk aku seorang saja."

Wafdan menjarakkan wajah kami. Menatap jauh ke dalam mata dengan penuh pengharapan.

Jatuh air mataku melihat wajah itu. Kerana aku sendiri takut untuk meletakkan harapan setinggi itu. Takut jika aku tak mampu memberi apa yang dia mahukan itu.

"Aku akan rindukan kau, Janna. Hari-hari aku akan datang tak lengkap tanpa kau selagi mata aku tak nampak wajah kau."

Aku usap kedua belah pipinya. Sayu rasa hati aku saat ini. Dan beginilah kami sejak pertama kali berpisah sejak 6 bulan yang lalu.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now