Janna Wafdan 11

1.5K 73 0
                                    


MAMA dan aku kecoh didapur menyiapkan makan malam bersama-sama. Mama tidak segan silu berkongsi resepi masakan dengan aku. Pudding roti yang sempat aku buat tadi sebelum datang tadi, aku sua kepada mama untuk dirasa. Wafdan request.

"Sedap ni Janna. Macam mana Janna buat ni? Mama selam ni buat selalu fail. Padahal resepi nampak senang, tapi entah apa yang tak kena, mama pun tak tahu." Becok mulut mama bercerita disulami dengan pudding roti masuk ke mulut.

"Biasa je ni ma. Janna tiba-tiba rasa nak buat haritu. Janna google je la. Mama pun kata Wafdan suka pudding roti, itu yang Janna cuba tu." Cerita aku sedikit.

Mama terangguk-angguk. Kemudian mama pandang aku nakal. Eh!

"Ni mesti Wafdan yang request kan suruh bawa datang ke rumah mama? Saja la tu nak bagi mama jealous dengan menantu sendiri." Mama mencebik dengan spekulasi sendiri.

Sebenarnya, memang pun! Naluri ibu sangat kuat!

"Sayang buat pudding roti tu banyak-banyak. Biar mama jealous. Mama awak tu pun sama macam abang. Hantu pudding roti!"

Itulah kata-kata Wafdan sebelum kami berangkat ke sini.

"Iya ma. Saja Wafdan suruh Janna buat lebih bagi mama makan." Sampuk wafdan dari belakang diiringi abah.

Aku bangun menyuruh Wafdan dan abah duduk. Pinggan aku capai lalu disendukkan kepada mama, abah dan Wafdan. Baru saja hendak letakkan nasi untuk diri sendiri, Wafdan arahkan aku duduk.

"Meh abang buatkan untuk Janna. Sayang duduk dulu." Wafdan bangun, lalu dia menolak bahuku kebawah untuk duduk.

Pinggan berisi nasi diletakkan depan aku. Air oren juga dituang untuk semua orang.

"Amboi bang, sweet pula anak kita depan kita ni. Wafdan memang selalu macam ni ke dekat rumah kamu berdua, Janna?" Mama bersoal. Tangannya mencedok kari ayam ke dalam pinggan.

Soalan mama aku balas dengan anggukan. Wafdan memang rajin dalam menolong. Tak tolong hidangkan makanan, dia akan tolong mengemas dan mengelap dapur.

"Baguslah tu. Tugas-tugas tu bukan kerja isteri, tapi suami. Tapi sebagai isteri, kita kenalah bertimbang rasa." Balas abah pula.

"Don't worry bah. Apa yang abah pesan, masuk dalam telinga, kekal dalam otak Wafdan ni."

Aku bersyukur. Dapat suami yang menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Yang menolong aku sebagai isterinya. Wafdan banyak memberi didikan kepada aku dalam segi agama. Dia memang lelaki baik.

"Janna bila mula practical?" soal abah lagi.

"Bulan depan Insya Allah pa. Janna dengan Ashi minta sama tempat. Alhamdulillah, kami sama-sama dapat. Lagipun, syarikat tu Uncle Ilyas yang recommend."

"Syarikat mana yang uncle Ilyas recommend tu?"

"MegaJaya Holding bah." balas Wafdan lagi.

Abah terdiam. Tetapi kepalanya terangguk saja.

"Baguslah. Syarikat tu memang bagus pun. Banyak projek-projek besar mereka handle."

Abah meneruskan suapan. Begitu juga Wafdan. Yang aku perasan, wajahnya tidak seceria seperti tadi. Mungkin ada yang mengganggu dalam fikirannya.



SELEPAS makan malam, Wafdan dan abah duduk di luar rumah. Membincangkan hal kerja mungkin. Aku pula masih bersama mama menonton televisyen.

"Janna, mama nak tanya sesuatu ni pada Janna." Mama bersuara tiba-tiba.

Muka mama berpaling melihat aku. Begitu juga aku. setelah aku mengangguk, mama terus membuka mulut bertanya.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now