Janna Wafdan 39

1.4K 62 10
                                    

(EDITED)


TUBUH along yang sedang mengadap telefon membelakangi aku dekati yang hanya menyarung singlet yang sedikit basah dengan percikan peluh. Baru lepas workout mungkin. Perlahan aku sentuh bahunya. Tersentak along yang sedang melayang telefon itu

"Woi! Terkejut along." Along mengusap dadanya perlahan. Aku menghamburkan ketawa kuat. Hah! Bukan senang nak tengok muka macho along pucat macam orang nampak hantu.

"Along boleh tolong Janna tak?" cepat aku bertanya bila along angkat kening menyoal tanpa suara.

Along buat muka. Mungkin dah tahu yang aku baal menyusahkan dia hari ini. Macam hari sebelum-sebelumnya. Along yang jadi driver aku sebab dah mula malas memandu kereta bersendirian. Selalu Qayeed tak pun along yang jadi mangsa. Aku malas nak kacau Wardina sebab dia merungut kera assignment sangat banyak lately ni.

"Ei suka kan buli along macam ni. Eyy! Geram along dengan Janna ni. Kenapa tak ajak Qayeed?"

"Qayeed membuta lagi lah along. Kejut pun bukan nak bangun. Entah kalau bom meletup pun belum tentu dia nak bangun." Cerita aku seringkas yang mungkin. Qayeed semalam katanya layan kdrama. Tak ajak aku pun!

"Ye lah. Janna nak along tolong apa?" along kembali menyoal bila nampak seribu alasan akan keluar.

Jari-jariku bermain antara sendiri. Mulakan misi untuk membodek.

"Takkkk. Janna cuma teringin nak makan ikan masak 3 rasa. Mummy kata mummy tak pandai masak. Pastu...."

"Mana along nak cari? Along manalah tahu kat mana ada jual benda tu."

"Alaaa. Along cari lah mana-mana kedai yang ada. Asalkan sedap je Janna okay."

Mata along sudah menjeling aku. Memang selalu aku menyusahkan dia sekarang ni. Ituah, ada suami ditolak ketepi. Ego tak bertempat! Eh tiber kata dekat diri sendiri.

Memanglah aku rindu. Tapi aku risau kalau along akan marahkan Wafdan. Tambahan pula aku masih marahkan tentang perkara tersebut.

Iya ke marah? Entahlah. Dulu aku baca satu statement sebut marah manusia hanya bertahan selamam 5 minit. Yang selebihnya adalah ego. Egokah aku sewaktu Wafdan meminta maaf tempoh hari.

Sudah jatuh 3 hari dari hari Wafdan melawat aku tempoh hari. Panggilan telefon yang dia buat aku hanya angkat tanpa suara aku membalas. Hanya mendengar permohonan maafnya. Whatsapp pula hanya diberi tanda biru tanpa menjawab. Aku rindu tapi aku rasa masih sakit hati tentang perkara itu.

"Kalau nak ikutkan sakit hati, memang takkan pernah sembuh kak selagi tak memaafkan."

Itu dialog Dina bila aku asyik mengungkap perkataan sakit hati selepas kepulangan Wafdan hari itu. Kena setempek dengan Dina. Tak padan dengan umur, memang matang sekali kenyataan yang Dina keluarkan sampai aku sendiri tak berfikir panjang untuk menganggkat panggilan daripada Wafdan.

Rindu satu hal. Dah lah rindu, ego pula tu. Kalau aku buat perangai jual mahal, memang Wafdan rasanya dah malas nak layan aku lepas ni. Baik aku pickup call dia sebelum dia beralih angin.

Ashi ada datang keesokannya lepas hari Wafdan datang. Tak banyak aku bercakap dengannya kerana dia datang selepas waktu kerja. Nak berkejar pulang ke rumah pula selepas itu.

Tapi ada satu benda yang bermain dalam fikiran aku. Macam ada konflik yang terjadi antara along dengan Ashi.

Along nampak tak puas hati dan garang bila tahu Ashi datang. Ashi pula takut-takut melihat along.

Entah apa yang terjadi antara mereka pun aku tak tahu. Tapi janganlah along ada hubungan dengan Ashi. Aku nak Amelia jadi sister in law aku!



RAJUKKU masih panjang bila tadi along pulang dengan tangan kosong. Al-kisahnya alang-alag along nak keluar, aku pesan suruh along beli sekali. Baliknya, aku dah gembira menanti, tup tup dia boleh lupakan pesanan ekslusif aku.

Murung aku jadinya! Aku dah kecur sangat dah ni dengan ikan masak 3 rasa. Pernah aku dengar, mengidam tu perlu ditunaikan atau tak apa jika tak diikutkan. Ye lah, sekarang, orang tak mengandung pun mengidam itu ini. Lebih kepada teringin.

Ikut nasihat yang aku dengar, cuba abaikan sekejap apa yang dimakan tu. Kalau dalam 3 hari masih fikirkan perkara itu, so carilah. Kalau tak, biarkan saja berlalu.

Tapi bagi kes aku, bukan 3 hari aku peram dalam fikiran. Sudah seminggu. Cuma tak beritahu. Bila diberitahu, aku pula dikecewakan.

Hingus yang mengalir seperti air paip itu aku hembus ke tisu dengan kasar. Termasuk air mata yang tak henti-henti keluar dari tadi. Kepala pula mula rasa sakit sebab banyak menangis.

Pintu bilik tiba-tiba diketuk dari luar. Aku pandang sekilah tombol pintu yang cuba dipulas namun gagal. Kenapa gagal? Sebab awal-awal lagi aku mogok dengan semua orang. Saja aku kunci pintu tanda protes.

"Janna Warda. Keluar. Makan malam jom."

Suara mummy jelas ke telinga. Jarang mummy turun padang untuk memujuk aku. Tapi kali ni, lain maciam anak-anak.

"Janna nak makan ikan masak 3 rasa, mummy. Along tipu kata nak carikan. Tapi tak bawa balik pun." Aduku tanpa membuka pintu. Menjerit balas dari dalam.

"Esok kita cari okay?"

"Janna dah mengidam dekat seminggu dah mummy. Along dah tak sayang Janna, mummy!"

Adakah aku terlalu mengada-ngada dengan along sampai along rasa muak dan annoyed dengan perangai aku? Sebab tu along dah malas nak ikut cakap aku? Tunaikan apa yang aku nak? Sebab tu ke?

"Janna Warda! Keluar makan ya. Jangan sampai daddy pecahkan pintu bilik kamu baru kamu reti nak keluar. Keluar makan sekarang!"

Suara daddy pula menyapa. Sudah, kenapa daddy pula emo? Tegas semacam. Lagi rasa nak menitis air mata aku dibuatnya.

Daddy mana pernah tegas macam ni. Paling tegas pun dulu. Bila aku pulang ke rumah mereka tanpa memberitahu Wafdan terlebih dahulu.

Makin kacau emosi bila terasa satu dunia bagai mogok dengan aku.


AKU merenung pintu bilik yang masih tertutup. Seketika, aku tukar arah kedudukan membelakangkan pintu bilik. Lalu aku bangun melangkah ke ruang pintu gelangsar yang terbuka.

Pusing aku dibuatnya. Macam mana aku nak tidur malam ni? Takkan aku nak lari tidur dengan Dina? Mampus aku kena brainwash dengan adik perempuan tu nanti. Kalau tidur bilik along, aku masih merajuk. Bilik Qayeed? Memang tak la sebab budak tu mana reti nak beralah dan share. Kedekut!

Disebalik pintu gelangsar yang sedikit tertutup dengan langsir, aku pandang lagi pintu bilik yang masih tertutup itu.

Bila-bila masa saja pintu itu akan terbuka. Dan... apa akan jadi pada aku?

Memanglah tadi aku gembira. Gembira jumpa dengan dia. Aku ingat lepas itu dia akan pulang ikut mama dan abah. Tapi aku salah! Dah tu sekarang, aku pula rasa tak senang duduk.

Arghhhh, rasa nak keluar dari rumah saat ini. Kenapa? Kenapa hari ini? Tak boleh ke esok lusa?

Aku duduk membawa tangan memeluk lutut. Kepala dihentak perlahan di lutut memikirkan sebarang idea yang mungkin bakal keluar dari otak bijak aku. Tapi, kena saat ini otak aku biul sangat. Langsung tak mengeluarkan idea bernas!

"Buat apa duduk dekat sini?"

Aku tergamam!




gue sebenarnya kekurangan idea! huaaaaaghhhh

okayhlah bye



OCT 3, 2020

Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now