Janna Wafdan 35

1.3K 65 7
                                    

(EDITED)


HARI ini. Tak sabar aku untuk menyambut ulang tahun Wafdan bersama-sama. Pun begitu, Wafdan masih tidak tahu yang aku merancang sesuatu untuknya. Bangun pagi tadi pun Wafdan sudah tayang muka tak semengah bila aku abaikan soalannya.

"Sayang, hari ni hari apa?" Soal Wafdan bila aku sudah menyiapkan sarapan.

Nasi lemak yang masih berasap aku letakkan ke dalam pinggan Wafdan. Ikan bilis, sambal dan juga timun dimasukkan ke dalam pinggan itu.

Aku pandang Wafdan sekilas. Menjungkit bahu. "Hari apa? Hari sabtu. Hari cuti. Hari sabtu kan selalunya kita mengemas. Tapi hari ni Janna nak keluar boleh?" tanyaku sambil tersengeh minta keizinan supaya diluluskan.

Wafdan sudah tarik muka bila aku menjawab soalannya dengan selamba. Nampak macam aku tidak tahu. Tapi aku tahu maksud tersirat soalan itu. Sudah ada jawapan pun.

"Ye lah hari sabtu. Tapi tak rasa ada something special ke?" soal Wafdan lagi.

Nasi lemak disuap perlahan sambil aku diam lama pura-pura berfikir panjang. Hari lahir Wafdan.

"Anniversary kita beberapa bulan lagi. Kalau birthday Janna, kena tunggu tahun depan sebab dah lepas. Kalau bulan ni, birthday siapa eh?"

Wafdan sudah nampak bunga-bunga ceria pada senyuannya. Eh hello! Tak semudah tu isteri awak nak gamekan awak tahu.

"Ha ya, dah ingat!" jari kiriku dipetik dengan riak yang teruja.

"Dah ingat? Ha apa apa. Bagi tahu abang?" tanya Wafdan kalut.

"Birthday Amelia hujung bulan ni! Ya Allah, nasib abang ingatkan. Kalau tak, mesti Janna lupa. Abang rasa nak bagi hadiah apa dekat dia?"

Wafdan mengabaikan aku. Dia terus terusan menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya tanpa menghirauakan pandangan aku kepada dia.

Aku tersenyum nipis. Wafdan sejak akhir-akhir ni pantang diusik terus merajuk panjang. Itu tak termasuk lagi tak makn dek pujukan. Seharian pun boleh bertahan dengan pujuk rayu aku. Bila aku mula buat tak endah nanti, baru datang dekat dengan kita.

"Abang, Janna nak keluar kejap lepas Zohor nanti boleh tak? Nak keluar dengan along, Dina and Qayeed." Pinaku kepada Wafdan yang masih menyusap makanan itu. Mataku menatap dia yang makan dengan penuh berselera.

"Nak keluar buat apa? Abang ikut boleh?" soal Wafdan seusai menyudahkan kunyahan. Kepala diangkat setara untuk melihat aku.

Aku jungkitkan bahu sekali. Tak kan nak beritahu Wafdan yang aku mahu buat surprise kot.

"Nak keluar sebab ada something nak dibawangkan dengan dia orang. Abang duduk lah rumah, tidur. Heee."

"Abang nak ikut lah gitu. Duk rumah bukan boleh buat apa pun." Katanya lalu bangkit membasuh pinggan di singki.

Pinggan kosong aku juga turut diangkat Wafdan. Aku tersenyum melihat sikapya. Aku bangun mengikut dia ke singki.

"Alaaaa, tak payah la.. ehh. Janna nak bincang something very very important pasal Dina. Karang kalau abang ada, dia malu pula. Ehhh?" jariku sengaja mencuit bisepnya perlahan beberapa kali.

Usai membasuh pinggan, aku lap pinggan yang basah sebelum disusun di atas para.

Wafdan tarik aku ke ruang tamu. Bersantai sekejap setelah selesai makan. Baju sudah dibasuh semalam dan sudah pun disidai.

"Hmm, ye lah. Balik pukul berapa?"

"Erm, not sure." Kepala dilabuhkan di lengannya.

"Jangan lewat tau. Tu keluar nak abang hantarkan ke? Ke nak drive sendiri?"

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now