Janna Wafdan 12

1.4K 76 4
                                    

I have a lot of assignments and tasks need to do. Sorry for my late update.

but sis cuba sedaya upaya untuk update okay? 

ENJOY!!!

(EDITED)



MELANGKAH masuk ke dalam bangunan yang serba gah ini, membuatkan aku rasa tidak layak. Eceh, padahal datang sini sebab nak intern, bukan nak jadi isteri keada CEO syarikat.

Ashi sejak tadi menayang muka tak percaya. Aku pun kurang pasti kenapa. Jakun mungkin?

Aku bernasib baik Wafdan ada menceritakan serba sedikit tentang syarikat ini. Jadi, kurang nervous aku untuk mula intern disini.

Kami bersama-sama mengatur langkah ke receptionist. Belum sempat untuk sampai, namaku dipanggil dari belakang. Terus kami berdua berpaling.

Daddy?

"Uncle Sufyan! Selamat pagi uncle. Uncle sihat?" sapa Ashi ramah.

Aku pula termanggu sendiri. Melihat wajah itu, baru aku teringat untuk bersalam.

"Selamat pagi Nashirah. Uncle ni sihat cara orang tu saja la." Balas daddy dengan ketawa kecil.

"Daddy buat apa dekat sini? Daddy ada hal eh?"

"Haah. Daddy ada meeting pagi ni. Tapi sebelum tu, daddy nak hantar anak daddy masuk kerja. So, jom follow daddy. Nashirah tak beritahu Janna ye?"

Beritahu apa? Apa yang Nashirah kena beritahu aku?

"Nashirah ingatkan uncle dah beritahu. Nashirah pun diamkan sajalah." Balas Nashirah tanpa ada riak bersalah.

Kami bertiga sama-sama memasuki lif apabila pintu terbuka.

"Beritahu apa ni." Mataku bersilih ganti melihat mereka berdua.

"Kau sebenarnya kerja dengan daddy sendiri." beritahu Ashi. Mukanya asyik tersengih dari tadi.

Aku menatap wajah daddy pula. Like seriously? Tapi aku nak mula dari bawah. Mati-mati aku tolak niat suci Wafdan sebab nak belajar sendiri. Tup tup aku berkerja dengan daddy sendiri pula.

Waduh. Gawat ni!

"Daddy dah lama aturkan dengan uncle Ilyas. Wafdan pun tahu tentang hal ni, walaupun nampak berat hati sedikit. Tapi kamu jangan risau, Janna."

Aku jatuhkan kepala dua kali. Pintu lift terbuka.

"Floor ni tingkat Nashirah kerja. Nanti jumpa dengan Kak Najah, dia akan tunjuk segalanya pada kamu."

Nashirah berlalu. Aku masih berada di dalam lift bersama daddy. Pintu lift tertutup.

Aku pandang daddy lama. Sejenak, fikiranku teringat pada Wafdan tempoh hari.

No wonder lah Wafdan macam...

"Wafdan memang mahukan Janna intern dekat sini. Dia beritahu daddy, dia belum ada keyakinan untuk ceritakan semua ni pada kamu. Daddy faham dia. Bukan senang dia nak ceritakan pada kamu, Janna. Jangan marahkan Wafdan." Kata daddy perlahan.

Aku tarik senyum. Aku marah. Tapi marah aku terlindung dengan rasa cinta aku padanya. Sehingga aku tak mampu untuk marahkan dia. Tapi, as long he tell me the truth, everything gonna be fine to me. Tapi masalahnya sekarang, Wafdan lebih rela berdiam diri.

"Janna cuba tak akan marahkan dia daddy. Don't be worry. Janna isteri dan dia suami. Janna tahu batas Janna." Itu saja yang mampu terkeluar di bibirku buat masa ini.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now