Janna Wafdan 21

1.3K 71 10
                                    

(EDITED)

vote okay voteeee. Thank you so much. muachhh!


GAMBAR yang aku terima memang membuat seluruh jatungku meminta izin untuk berhenti. Bukan untuk seketika, tapi untuk selamanya. Hari ini, sudah masuk hari ke-5 aku menerima gambar yang berlainan dari pengirim yang sama.

Aku tidak kenal siapa orang itu. Aku tidak tahu apa motifnya. Adakah dia mahu meruntuhkan rumah tangga aku? Adakah dia menfitnah? Adakah dia berniat baik? Aku tidak tahu. Tapi apa yang aku tahu, dari gambar lima hari lepas, semuanya ada gambar Wafdan dan wanita asing yang aku langsung tidak pernah nampak wajahnya sebelum ini.

Sepanjang Wafdan di Sabah, hanya beberapa kali dia menghubungi aku. Itupun dalam tempoh yang sangat sekejap.

"Janna sihat?"

"Janna dah makan?"

"Kerja okay?"

"Abang ada kerja sikit. Abang pergi dulu?"

Hanya itu yang sempat kami bicarakan sepanjang dia menelefon aku. Kalau disoal adakah aku menelefon dia, sudah pasti! Aku isterinya. Bukan sekali aku mencuba, berkali-kali. Namun, sayang seribu kali sayang, hanya suara operator wanita yang menjawab.

Tapi malam semalam, tidak dijawab oleh operator wanita tersebut seperti dialog biasanya, tapi wanita yang lain dengan dialog yang berbeza.

Aku buntu. Aku jadi tidak tahu nak buat apa. Aku terlalu keliru.

Tempoh hari, aku dikejutkan dengan panggilan mama yang mencari aku dirumah untuk dibawa pulang ke rumah mama dan abah atas permintaan Wafdan.

Sungguh aku terkejut. Mama meminta aku pulang ke rumah aku dan Wafdan. Dan ketika itu, aku berada dirumah mummy dan daddy. Tanpa pengetahuan sesiapa.

"Hari minggu macam ni pun Janna kerja ke?"

Aku berdiam setelah disoal oleh abah. Tiada skema jawapan untuk aku menjawab.

Aku berada di situasi dimana ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau aku katakana aku dari rumah mummy dan daddy, sudah pasti mereka akan terkejut besar. Dan Wafdan akan mengetahuinya secara tidak langsung. Kalau aku menipu, aku takut terjerat dengan penipuan sendiri.

"Janna tak pergi mana-mana pun, bah. Janna keluar kejap tadi." Jawabku perlahan.

"Wafdan kata Janna tak keluar mana-mana harini. Sebab tu dia suruh mama dengan abah jemput kamu ke rumah kami." Giliran mama bersuara. Nadanya nampak tidak puas hati. Pasti bimbang kerana aku tidak minta izin Wafdan untuk keluar.

"Janna lupa nak inform Wafdan, ma."

"Janna, seorang isteri kena beritahu suami mana dia nak pergi. Janna tahukan? Kalau apa-apa jadi pada Janna nanti macam mana?" Balas mama lagi.

Aku rasa terpukul. Sungguh rasa terpukul dengan kata-kata mama

"Mamanya, sudah la tu."

"Janna dah jumpa keluarga Janna. Janna dah tahu siapa mereka." Beritahu aku tanpa dipaksa. Biarlah segalanya habis disini.

Mata mama terbuntang. Abah pula nampak biasa saja.

"Alhamdulillah. Baguslah kalau Wafdan dah beritahu Janna."

Kata-kata positif abah aku hanya jawab dengan anggukan.

Kalau lah abah tahu, Janna langsung tidak diberi peluang oleh anak abah untuk tahu tentang keluarga kandung Janna...

Wafdan tak pernah beritahu Janna. 

Tak lama, mama dan abah lepaskan aku pulang kepada mummy dan daddy.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now