Janna Wafdan 41

1.6K 69 3
                                    

(ENDING)


Shi bersengkang mata, demi ending yang belum ada kepastian. huhuhuuu Shi betul-betul takda idea T_T



TERASA elusan tangan Wafdan pada rambut aku terhenti.

"Janna minta maaf, abang. Janna terlalu ego sampai abaikan abang selama ni." Ucapku tersedu-sedan di atas kerusi sambil menundukkan wajah.

Tak tahu aku mahu gambarkan rasa bersalah aku terhadap Wafdan atas segala layanan yang aku berikan kepadanya selama ini. Rasa terlalu teruk sampaikan aku rasa, terlalu bersalah untuk minta dia maafkan aku.

Aku angkat kepala melihat Wafdan. Dia masih tersenyum memandag aku yang sudah penuh dengan air mata.

"Abang maafkan sayang. Bukan salah sayang seorang je dalam hal ni. Abang pun ada kesalahan abang sendiri juga. Kalaulah abang dengar explaination sayang dulu, semuanya takkan jadi berantakan macam ni sekali." Jelas Wafdan panjang lebar.

Aku bangkit dari kerusi. Berdiri separas dia yang memandang aku. Lantas, aku dekatkan tubuh kami. Kembali berada didalam dakapannya semula. Lama.

Lama aku hilang nikmat ini. Akhirnya, ia kembali.

Seketika, Wafdan rungkaikan pelukan. Tanganya mengusap perlahan perut yang sedikit menunjukkan bentukknya namun tidak begitu ketara.

"Apa khabar anak abang dalam ni." Soal Wafdan

Lalu air mataku kembali jatuh.



TELEFON along yang berdering tanpa henti itu membuatkan aku masuk ke bilik along. Nama Alan yang terpapar disitu belum dijawab sudah terhenti. Baru berpusing untuk keluar, telefon itu kembali berdering.

Aku kembali dekatkan tubuh dengan telefon along diatas meja sedang discharge. USB dicabut dan slide ke tanda hijau. Belum membuka bicara, orang disana sudah menyapa.

"Bos, number itu yang hantar massage pada adik ipar bos pasal number bilik tu sama dengan number yang hantar gambar pada Janna beberapa bulan lepas. Number tu kembali aktif 2 hari lepas hari adik ipar bos kena tangkap khalwat malam tu. Macam yang saya beritahu bos sebelum ni, number tu berdaftar atas nama Nashirah Binti Elias. Kawan baik kepada adik bos kan tu? Cuma saya tak dapat pastikan motif disebalik ni."

Tanganku menggeletar kuat. Bibir diketap erat. Enggan untuk membuat bising hatta bunyi nafas sekali pun. Tapi air mata aku bergenang penuh meminta izin untuk jatuh ke pipi.

"Bos? Asal bos diam?" tanya si pemanggil bernama Alan itu lagi.

"Janna? Buat apa dengan phone along tu?" tanya along dimuka pintu biliknya. Dia menapak menhampiri aku.

Orang ditalian tadi pun terus terdiam dan meletakkan panggilan. Mungkin sudah sedar, bukan Affan Akram yang dia menjawab panggilannya tadi.

"Janna kenapa?" soal along lagi bila dia sudah ada di hadapan aku. Memandang kami antara satu sama lain. Aku meluahkan rasa kesal dalam hati kerana dia mendiamkan perkara ini.

Aku hulurkan telefon kepada along. Dia kemudiannya meneliti telefon itu sekejap. Matanya bertembung dengan aku.

"Apa yang Alan bagitahu?" tanya along terus.

"Along dah tahu selama ni yang Ashi yang..." bicaraku tersekat kerana rasa sebak.

Tambahan pula aku sungguh tidak percaya dengan apa yang baru aku dengar ini. Tak mungkin Ashi. Tapi...

Along kembali meletakkan telefon pada telinga. Along diam mendengar. Sekejap lalu telefon diletakkan di atas meja kembali.

"Sampai hati along buat Janna macam ni? Along tahu betapa rapatnya Ashi dengan Janna. Tak mungkin Ashi sanggup buat Janna macam ni. Janna kenal dia dari dulu lagi. Tak mungkin Ashi..."

"Janna, dengar explanation along dulu. Jangan nak fikir bukan-bukan..."

"No along. Janna rasa... ugh! What the hell is going on right now? All this mess..." pertama kali aku mencarut di hadapan along. Along sendiri sudah terjegil mata melihat aku.

"Ashi yang Janna kenal takkan buat Janna macam ni. Dia sayang Janna. Dia takkan nak hancurkan hidup Janna dan Wafdan. Tak mungkin along...." Aku terduduk menangis disitu.

Cuba menidakkan apa yang aku dengar. Apa bukti yang sudah terpampang disepan mata. Tapi hatiku kuat menyatakan bukan Ashi orangnya. Hubungan persahabatan kami selama ini begitu kuat macam adik beradik. Takkan mungkin Ashi untuk buat begini.

"What's going on? Sayang? Along?" tanya Wafdan dari depan pintu bilik along sambil mendekati aku. Wafdan turut duduk separa aku. Tangannya naik mengusap bahu milik aku. Matanya menikam along.

"Janna know it. Termasuk malam yang kau kena tu, also the same number." Balas along ringkas tetapi padat dengan informasi.

Wafdan turut tahu hal ni?

"Abang pun tahu? Abang tak beritahu Janna?" lantas mataku memandang tepat kearah Wafdan.

Wafdan terdiam.

"Masuk bilik. Abang explain everything." Balas Wafdan lantas membantu aku bangun.

Aku berjalan terus masuk ke dalam bilik. Aku hempaskan punggung ke katil. Nafas distabilkan kerana aku tidak mahu beremosi seperti tadi. Pasti ada apa-apa yang berlaku yang aku tidak tahu.

5 minit menunggu Wafdan, baru nampak kelibatnya masuk ke dalam bilik kami. Wafdan tarik kerusi solek duduk berhadapan denganku.

"First thing first, abang nak sayang bertenang. Jangan emosi. Jangan terima bulat-bulat sebab kami belum habis siasat lagi perkara ni. Abang taktahu sama ada Ashi terlibat atau tak, atau mungkin seseorang manipulasi Ashi. Sebab abang kenal Ashi macam mana orangnya." Wafdan melepaskan nafas. Lalu pandangnya kembali memandang aku.

Aku masih terdiam. Menunggu cerita selanjutnya.

"Lepas dari hari sayang warded, lepas Nik datang jelaskan semuanya... abang jumpa dengan along untuk cerita hal sebenar. Hampir-hampir along tumbuk abang untuk kali kedua..."

"Kali kedua? Bila kali pertama along tumbuk abang?" sampukku.

"Hari Janna warded. I deserved it, sayang." Jelas Wafdan.

Aku mengerutkan dahi. "Sebab tu abang tak datang jenguk Janna? Sebab takut dengan along?" simpulku sendiri.

"No. Bukan takut. Abang taknak Janna stress. Abang rasa bersalah. Lagipun abang dah baik dengan along lepas tu. Abang yang minta tolong along untuk cari siapa yang cuba buat onar dalam rumah tangga kita."

Aku merengus kegeraman. Padanlah Wafdan tak datang hospital tempoh hari. Gara-gara along ya semua ni? Ooooo nak kena report dekat Amelia ni. Berani buat hal dengan husband kita!

"Jangan la marah along. He just want to protect you. He loves you so much. Sebab tu along buat semua ni. And abang pun love you so much sayang. And I'm sorry for what I have done to you." Ucap Wafdan panjang.

"Nak minta maaf tunggu raya nanti la. Sekarang Janna nak explanation!"

Wafdan gelak apabila aku membuat mimik marah pada wajah.

"Okay.... Lepas tu abang contact along and bagi segala details yang abang ada untuk kami sama-sama cari siapa dalangnya. At first, abang ingat Fazira, but dia betul-betul deny. Dia kata sayang pun ada bagi phone number tu pada dia. Lepas tracked phone number, memang atas nama Ashi and abang pun terkejut bila along bagitahu macam tu. Tambah-tambah tadi bila Along kata Ashi terlibat hal tangkap khalwat tu.


NOV 9, 2020

Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now