Janna Wafdan 38

1.4K 68 6
                                    

(EDITED)


Eyyyy takut Shi baca komen korang kat bab sebelah. Hahahaa tapi tak apa, Shi terhibur dan seronok ada orang respond.

Btw, Shi dah pm 2 orang yang bertuah which is xmlyna dan montress03

Kepada yang tak dapat, doakan Shi murah rezeki dan buat giveaway macam ni lagi for next book, Insya Allah, aamin!

So, disebabkan harini birthday Shi, Shi update satu chapter okay? Hehehehehee

*SNEAKPEAK*

WAFDAN mengeluh kuat selepas pulang dari hotel bersama Ashi. Dia sendiri tidak tahu apa yang marasuk dirinya untuk menaikkan suara. Malah dengan teganya dia hampir menampar pipi mulus itu. Tidak pernah dia menengking terhadap sang isteri yang jelas air mata itu berguguran kerana dirinya.

Bukan Janna saja yang terluka. Dia juga turut terluka. Dari dulu dia berpesan, jangan rapat dengan Nik. Dia tidak suka. Dan dia sebagai seorang lelaki tahu jenis pandangan Nik terhadap Janna.

Mungkin pada isterinya, mereka rapat hanya disebabkan sepupu, tapi bagaimana pula dengan Nik? Pasti lelaki tu masih belum fully move on dari isterinya.

"Adan, aku nak tanya something ni." Tegur Nashirah apabila keadaan mereka diam terlalu lama. Rasa sangat asing dan ganjil.

Wafdan angkat kepala melihat Ashi. "Apa?"

"Apa yang buat kau nak pergi situ tadi? Macam mana kau dapat tahu Janna ada disitu dengan Nik?" Nashirah bertanya.

Ikut logik akal Nashirah, bagaimana pokok boleh bergoyang kalau tiada angina. Palin tidak, pasti ada monyet atau kera diatas pokok itu. Jadi dia mahu tahu, sama ada itu khabar berita atau ada kera yang cuba menganggu rumah tangga sepupu dan sahabatnya itu.

Wafdan terus mendiamkan diri. Air yang terhidang didepannya itu disedut separuh gelas. Cuba untuk meredakan kemarahan.

"Aku tanya sebab kau sepupu aku. Janna kawan baik aku. Aku bukan nak membela Janna, tapikan kau tak rasa ke sepatutnya kau patut dengar penjelasan Janna dulu sebelum kau jump into conclusion?" soal Nashirah lagi.

"Tambah lagi, lepas kau blah dari situ tadi, Affan, abang ipar kau dengan Dina sekali tau. Kau tak perasan ke?"

"...kau dah besar. Malah lagi dewasa dari aku. Sepatutnya kau fikir sewaras yang mungkin dulu. Kau kan ketua keluarga. Lagipula, aku tak rasa Janna macam tu orangnya. Aku kenal Janna dah lama, Adan. Dia bukan orang yang macam tu. Bercinta sebelum ni pun tak pernah, apatah lagi nak curang." Nashirah kembali menyabung bicaranya.

Wafdan diam lagi. Cuba menstabilkan otaknya yang rasanya sudah senget benget dengan perkara tadi. Dalam masa yang sama, dia cuba mencerna kembali ayat Nashirah kepadanya.

Semuanya betul belaka. Malah dia tak ubah macam orang yang terlalu ikutkan perasaan marah.

"Ada orang WhatsApp aku number bilik Janna dengan Nik..."

Deringan telefon Nashirah buatkan Wafdan terhenti untuk meneruskan kata-katanya.

"Kejap. Mama kau call." Nashirah lantas bangun berlalu ke tempat yang sedikit lengang.

Wafdan masih disitu. Mengurut kepalanya yang semakin berdenyut-denyut. Minum air pun bukan boleh buat gelombang marahnya reda. Rasanya kena solat dulu takpun buat talkin untuk diri sendiri, baru hilang kot.

"Kau kena pergi hospital sekarang. Janna warded!"


PENUMBUKNYA sudah melayang pada wajah Wafdan. Tak sempat lelaki itu untuk mengelak, memang sangat tidak disangka-sangka.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now