Janna Wafdan 40

1.7K 74 4
                                    

(EDITED)


 rasa hambar la. huhuhuuu


"BUAT apa duduk dekat sini?"

Aku tergamam!

Melihat tubuh Wafdan sudah terpacak berdiri sambil sisinya bersandar pada pintu gelangsar, aku rasa hampir semput bila dia sudah berada disini. Sejak bila dia masuk? Tak dengar pun.

Rasanya tadi bukan aku mengelamun lama mana sangat pun. Cuma memikirkan cara melarikan diri dari Wafdan. Tak sangka sudah berada didepan mata.

Itulah, niat dalam hati dah tak baik. Haish, Janna Warda, sampai bila nak lari dari masalah macam ni?

"Sejuk ni kan malam ni. Masuk la sayang. Dah la duduk atas lantai je. Kesian baby."

Ni lagi satu, entah siapa yang ceritakan pada Wafdan yang aku mengandung. Mungkin lepas Wardina terlepas cakap, ada orang yang membocorkan kepada Wafdan? Haish.

Nak marah, dia juga ada hak atas kandungan ini. Nak terus didiamkan, dia bapa kepada anak aku. Dah tu, sampai bila saja aku boleh tutup rahsia ini. Nama pun rahsia, bila-bila masa saja akan terbongkar.

Aku sedikit pelik tadi apabila along selamba saja boleh bersembang mesra dengan Wafdan. Bukan haritu kata nak gaduh besar kalau nampak muka Wafdan. Hey, tak faham aku lelaki! Complicated!

"Tak nak bangun ke? Nak abang dukung?" soal Wafdan disebelah aku dalam keadaan dia sudah bercangkung. Eh, sejak bila bercangkung sebelah aku ni? Laju saja buat kerja!

"Tak apa. Boleh bangun sendiri." Aku menjawab tanpa nada.

Lantas aku bangun melepasi dia yang masih bercangkuk di tempat itu. Aku masuk ke dalam ilik terus menuju ke tandas untuk mencuci muka dan solat isyak.

Selepas menyelesaikan urusan aku di tandas, Wafdan sudahpun menutup pintu gelangsar. Bilik yang tadi hanya terpasang lampu tidur sudah cerah. Aku melangkah terus ke tempat solat. Telekung dipakai kemudian sejadah dibentangkan.

Baru hendak menyelesakan kedudukan, Wafdan kembali menegur.

"Tunggu abang. Kita solat sekali, boleh?" tanya Wafdan dengan pandangan redup.

Dengan perlahan aku mengangguk. Takkan aku nak menggeleng menolak kalau bersolat jemaah itu berganda pahalanya. Tambahan pula, memang sudah lama kami tidak berjemaah selepas dari hari berdarah itu.

Bila difikirkan semula, aku akui kata-kata Wardina itu benar. Kalau nak diikutkan rasa marah, sampai bila aku nak marah. Perkara boleh dibincang, tapi kenapa aku bagaikan terus menghukum Wafdan. Seperti aku cuba membalas dendam hari yang Wafdan langsung tak melawat aku dihospital.

Nampak benar aku berdendam. Tapi, sampai bila saja aku boleh bertahan. Bukankah ego itu boleh dikalahkan dengan rindu?

Aku menggelengkan kepala bila terdengar pintu tandas dibuka. Wafdan sudah bersedia. Cuma perlu sarungkan songkok dikepala. Tanpa berkata, aku serahkan songkoknya lalu aku bentangkan sejadah untuk dia imamkan aku.

Tenang. Dan buka hati menerima segala penjelasan Wafdan. Maka aku tak perlu fikir banyak lagi pasal perkara ini.



BILA aku masuk ruang dapur, terkejut aku apabila mama dan abah sudah bersedia di meja makan. Termasuk yang lain. Cuma mummy dan Dina yang kalut menyediakan air dan menyusun lauk dia tas meja.

Aku melangkah mendekati mereka. Mama dan abah aku salami. Lama mereka tidak melawat aku selepas kau keluar dari hospital haritu. Terpaksa terbang ke Sabah kerana ada projek yang bermasalah disana.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now