Janna Wafdan 17

1.3K 81 1
                                    

Vote and Comment <3

(EDITED)






OTAK aku terasa sangat serabut sekarang ini. Rasa berdenyut-denyut kepala memikirkan apa yang Ashi katakan pada aku. sakit sangat rasanya.

"Sampai hati kau tuduh aku." aku berdesis perlahan. Sampai sekarang aku masih tidak percaya apa yang Nashirah kata pada aku tadi.

Nashirah tak pernah tuduh aku sebarangan. Setiap apa yang terjadi, mesti dia bertanya dahulu sebelum membuat keputusan. Tapi nampaknya bukan untuk lelaki yang bernama Safwan itu. Dia lebih berpihak pada orang yang dia cintai.

Terlalu agungkan sangat cinta hati yang dah macam gangster kampung tu. Peragai, nauzubillah. Hanya Allah yang tahu.

Aku rebahkan badan setelah menanggalkan seglanya dari kepala termasuk getah rambut. Biar bebas semuanya kerana sakit kepala aku semakin berdenyut-denyut. Dari tadi lagi sakit kepala macam ni.

"Janna?"

Tubuhku terbangun setengah. Wafdan baru keluar dari tandas dengan tuala yang melilit pinggang. Haish, tahu tak iman kita ni tak kuat mana?

"Abang? Awal pula balik harini. Tak ada kereta pun kat bawah tadi." Aku bangun mendekatinya. Menghulur tangan seperti selalu. Tetapi Wafdan menggeleng. Tidak mahu bersalaman.

Aku berkerut. Dah kenapa? Tiba-tiba aku berjauh hati. Tadi Nashirah. Ni pula Wafdan. Sepupu dua orang ni memang komplot nak sakitkan hati aku ke? Tak tunggu lama air mata aku jatuh.

"Kereta masuk workshop, sayang. Eh Janna? Kenapa nangis pula ni? Abang ada wudhuk la sayang."

Wafdan mengusap bahuku berlapik baju. Aku terus tepis dan berlalu dari bilik.

Panas hati kita ni tau!

"Macam la tak boleh ambil wudhuk tu balik. Macam susah sangat. "Aku membebel sendirian.

Tidak pasti sama ada Wafdan mendengar ataupun tidak.

"Sayang. I'm sorry. Jangan la merajuk dengan abang." pujuk Wafdan dari belakang.

Aku berpaling. Dia berada di muka pintu. Aku hanya buat tak tahu. Malas layan!

Tak pasal-pasal Wafdan terkena tempias amarah aku.

"Abang solat kejap. Nanti abang pujuk okay?"

Wafdan menjerit dari tangga atas. Aku hanya menjeling. Taknak kawan! Taknak layan!

Sampai hati buat kita macam ni. Dah la kita kemurungan dengan sepupu dia tu. Nak kita kemurungan dengan dia pulak ke?!

Dari bilik, aku ke dapur. Membancuh air oren. Ais dimasukkan bersama. Tin biskut Jacob turut dibawa. Kemudian aku melangkah ke room theater. Duduk sini menenangkan sedikit.

Kurang pencahayaan. Malap saja. Aku labuhkan punggung di sofa empuk itu.

Air oren tadi diminum. Masam!

Semasam hati aku sekarang. Eiii! Geramnya.

Aku kembali letakkan air di sisi. Melihat skrin kosong dengan lampu bilik yang malap. Entah kenapa aku mahu marah-marah, aku sendiri kurang pasti.

Perubahan hormon? Sudah pasti kerana aku sedang period sekarang.

Marah tentang Ashi? Itu lagi pasti. Sampai Wafdan pun kena tempias.

Salah diri sendiri juga. Gagal mengawal emosi yang melanda ganas saat ini.

Dengan air oren masam tak ingat dunia, semua benda macam memboikot diri aku sekarang. Benci!

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now