Janna Wafdan 7

1.6K 96 5
                                    

(EDITED)


LEWAT kami sampai di rumah pada petang itu disebabkan aku terlena selepas waktu subuh. Tak sangka terlajak sampai ke jam 10. Aku fikir Wafdan akan mengejutkan aku. Tapi bila aku bangun, Wafdan elok berbaring disebelah aku sambil merangkul tubuh aku. Hampehhh!

Dah alang-alang lewat, aku dan Wafdan sama-sama mengemas sebelum menyerahkan kunci ke tuan rumah. Dah aku dapat rumah dalam keadaan baik dan cantik, kenalah pulangkan dalam keadaan asal.

Wafdan mengangkat bagasi besar aku ke dalam rumah. Manakala aku hanya menggalas beg laptop dan menarik bagasi kecil saja. Masuk ke dalam rumah, masih cantik seperti dulu. Bagus encik suami aku.

Bantal-bantal sofa tersusun kemas. Karpet berbulu merah itu bersih tanpa sebarang mendapan habuk dibawahnya. Meja di ruang tamu disusun dengan remote televisyen.

"Here we are. Rumah kita dan syurga dunia kita. Seronok tak dapat balik rumah." Soal Wafdan apabila melihat aku terpaku melihat rumah yang bersih ini.

Aku tersenyum panjang. Apa tanya soalan macam tu. Dah lama tau rasa nak balik rumah sendiri.

"Haruslah seronok. Lama dah tak balik rumah. Selalu kalau cuti, kita selalu balik rumah mama dan abah. Kali ni dapat balik rumah sendiri." jawabku panjang.

Wafdan kemudiannya mendekati aku. Lalu tanganya melingkar dibahu aku.

"I want to show you something." Katanya.

Bingkas aku ikuti setiap langkahnya sehingga ke tangga. Automatik aku menutupkan mulut. Memandang dia dengan rasa tidak percaya.

"Bila awak buat semua ni?" pandangan aku beralih pada pemandangan di hadapan aku ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bila awak buat semua ni?" pandangan aku beralih pada pemandangan di hadapan aku ini. Lantas aku melangkah ke setiap anak tangga. Menyusuri keatas.

"Lepas balik dari Langkwi hari tu." Jawabnya sambil langkahnya mengikuti setiap langkah aku dari belakang.

Aku hanya tersenyum sepanjang itu. Cantik gambar-gambar yang dia ambil. Entah bila Wafdan mengambil gambar itu aku tidak pasti. Yang pastinya dia buat dalam diam. Padanlah asyik usung kamera sana dan sini tak kira masa.

Sampai ke atas, terus aku pusing ke arah Wafdan yang masih tertinggal satu anak tangga. Tinggi kami nampak sama. Kedua tanganku kemudiannya mula menyapa pipinya.

"Thank you awak. Cantik sangat. Rasa macam tak nak tinggal rumah dah lepas ni. Saya hargai sangat apa yang awak buat untuk saya gembira Wafdan. Dan terima kasih banyak-banyak." Ucapku sambil menatap ke dalam mata hitamnya. Lantas ciuman aku berlabuh di dahinya sekejap.

Tidak lama, aku rasa pipiku mula memanas. Wajah Wafdan terpancar rasa tidak percaya dan teruja. Mana pernah aku memulakan langkah sebelum ini. Tapi hari ini, macam rezeki untuk Wafdan bila aku terlebih manja.

"Wow." Luahnya sepatah dengan ketawa yang tidak percaya. Matanya terpejam seketika dan kembali terbuka dengan senyuman yang manis.

"Lepas ni, aku akan buat lagi benda-benda yang mampu impress kan kau. So taht you will kiss me again and again." katanya lagi dengan kenyitan mata dan wajah yang gatal terpamer disitu. Keningnya diangkat berkali-kali. Mengusik!

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now