Janna Wafdan 37

1.4K 76 17
                                    

(EDITED)

Jap! Before tu Shi nak bagi hadiah kepada korang yang selalu support Shi dari dulu sampai sekarang. From my previous book sampai la dah book yang kedua. (Ini semperna birthday Shi tak lama lagi😂😂)

So, Shi akan pick randomly sorang dua readers yang Shi nampak. And Shi akan pm korang untuk mintak details 🥰

Sooooo, rajinkan diri untuk vote bagi Shi notice korang okay?

So, lets go! ⬇️


AKU salah. Berpura-pura bahagia itu tidak melegakan. Malah lebih menyakitkan. Menyakitkan bila kita cuba buat orang lain nampak aku bahagia walhal tidak pada akarnya.

Hakikatnya begitu. Akar aku sudah tidak seteguh dulu. Kepercayaan aku pada Wafdan kali ini dirobek teruk. Kali ini, aku menangis biarpun tiada air mata yang mengalir. Sangat menyakitkan. Bila mummy dan daddy pandang aku, aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.

Hal yang sebelum ini belum dapat kami selesaikan, timbul pula lagi satu masalah.

"Janna, kalau Janna nak along..."

"No need along. Along tak perlu buat apa-apa. Dia tahu mana nak cari Janna kalau dia nak selesaikan masalah dia kali ni."

Aku bangkit membawa tubuh masuk ke dalam bilik. Mata-mata ahli keluargaku cuma mampu memerhati aku membawa hati yang luka dirobek Wafdan. Aku faham kalau dia marah tapi perlu ke sampai ke tahap ini? Apa dia mahu mencari pengganti aku?

Telefon yang berdering aku hanya pandang tanpa ada rasa untuk menjawab. 15 panggilan dari Nashirah. 17 panggilan dari mama. Wafdan? Langsung tiada.

Aku rebahkan tubuh berbaring dia atas katil. Air mata yang tadi tidak turun sudahpun mencemari pipiku.

Aku marah.

Aku kecewa.

Tidak mampu aku untuk berfikir untuk apa yang bakal terjadi selepas ini.

Pintu diketuk perlahan. Kemudian dibuka dan aku nampak wajah along disitu. Makin jatuh air mata aku. Bila along mendekat dan menarik aku ke dalam pelukannya, tangisan tadi terus menjadi esakan yang kuat.

"Janna sakit along. Sakit sangat bila orang yang kita sayang...

Pilih untuk tinggalkan kita sendiri."

Along ketatkan lagi pelukan. Malah tangannya menepuk perlahan belakang badan aku. Mungkin cuba untuk menenteramkan hati aku yang sangat luka teruknya.

"Janna sayangkan Wafdan. Janna tak tahu apa lagi yang Janna perlu buat along."

'Wafdan ditangkap khalwat dengan Fazira.'

Hanya sebaris ayat yang aku dengar dari along tadi buat aku rasanya aku sudah hilang pedoman untuk hidup. Kalau saja hukum bunuh diri itu bisa. Memang aku bakal manjdi pilihan.

Tapi sayangnya hidup cuma sekali. Ia tetap tak merubah apa-apa

"Lepaskan apa yang Janna rasa. Boleh jadi Janna lebih tenang lepas ni. Janna ada ramai yang sayang Janna. Mummy, daddy, Dina, Qayeed and along sendiri pun sayang Janna sangat-sangat. Kalau Janna rasa hilang arah, kami boleh tolong untuk cari dan tunjuk jalan yang betul. Kalau Janna rasa sukar, kami boleh mudahkan. Kalau Janna rasa Janna terlalu sakit, kami semua ada untuk cuba untuk sembuhkan."

Ada nada sebak ketika along berkata. Ya! Kenapa perlu rasa terlalu lemah?

"Tahulah along kalau along nampak Wafdan nanti. Berani betul sakitkan hati adik kesayangan along."

Aku senyum dalam pelukannya bila mendengar along berkata begitu. Dengar dek budak berdua tu, mahu cemburu 7 keturunan.

"Shhhh, jangan kasi tahu Dina dengan Qayeed. Mati along kalau diorang tahu Janna adik kesayanagn yang paling along sayang."

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now