Janna Wardan 30

1.5K 71 12
                                    

(EDITED)


HARI ini, aku dan Ashi kembali makan bersama-sama. Tidak dilupakan bersama Amelia disitu. Aku dan Ashi kembali berbaik seperti sebelum-sebelum ini. Seperti yang aku katakan, aku dengan Ashi jarang untuk bergaduh lama-lama.

"Kau okay tak Ashi?" sengaja aku bersoal melihat Ashi yang masih mendiamkan diri didepan aku. Jarang untuk melihat Ashi yang sememangnya periang tak kira masa ini berdiam diri.

Imagine, kalau waktu sedih pun Ashi boleh ketawa macam tak ada apa-apa yang berlaku, tapi kenapa sekarang berdiam diri tanpa sebab?

Aku dan Amelia memandang sesama sendiri sebelum pandangan jatuh pada Ashi semula.

"Aku okay je. Kenapa kau tanya?"

Aku menggeleng bersama senyuman. Teringat aku kejadian tempoh hari. Aku melihat kelibat Nashirah bersama Safwan di mall. Gayanya seperti bergaduh sehingga aku nampak adegan Safwan hampir melayangkan menampar pada wajah mulus Ashi.

Dan kalau itu terjadi, memang tangan Safwan aku patahkan pada saat itu juga. Berani dia naik tangan dengan perempuan! Nasib Wafdan tidak ada disitu ketika itu kerana berada di tandas. Lagi pula, tempat Ashi dan Safwan agak jauh dari pandangan orang ramai. Kalau tak, memang kena Safwan waktu itu.

Oleh sebab itu aku bertanyakan keadaan dia. Kalau dia rela hati membuka cerita itu, aku sedia mendengar masalah dia. Dulu, sudah aku katakan pada Nashirah, Safwan itu bukan lelaki yang baik-baik untuk jadikan teman hidup. Perempuan sana sini. Panas baran dan cepat saja tangan itu naik. Tapi bila Nashirah membantah kata-kata aku. Katanya manusia boleh berubah dan dia yakin Safwan akan berubah kalau itu perangainya. Apa yang boleh aku kata? Aku hanya mampu diam.

Biarlah Nasirah kena dahulu baru dia percaya. Sebab aku kenal Nurul Nashirah binti Elias ini, selagi tak kena batang hidung sendiri, selagi itu dia tak sedar dan tak akan percaya.

"Tak lah. Aku cuma risau. Lama kita tak contact. Mungkin kau ada benda nak cerita pada aku. Mana nak tahu kan? Lagipun, kau bukan jenis pendiam macam ni. Itu yang aku pelik."

Aku kembali menyuap nasi kerabu ke dalam mulut. Mengunyah tanpa memandang Nashirah di hadapan aku.

"Ha betul tu. Kau kalau ada problem, boleh je beritahu si Janna ni. Tak pun aku. Aku ni kan bakal kakak ipar Janna." Kata Amelia dengan bangga.

Aku angkat kepala melihat Amelia di sebelah. Like seriously? Sejak bila dia dengan along declare bercinta ni? Aku tak tahu apa pun?

"Bakal kakak ipar?" soal Ashi bersama kerutan di dahi. Begitu juga aku.

"Iya lah. Aku bakal kakak ipar Janna. Kalau aku kawin dengan encik Affan, baru aku jadi kakak ipar secara official. So, tak payah rasa malu la eh. Kita ni ibarat satu keluarga." Bebel Amelia lagi.

"Kau dengan along aku memang dah declare ke apa?" aku menyoal pula.

"Tak ada la declare apa-apa. Cuma instinct aku kuat kata yang ada jodoh antara kami." Balas Amelia dengan sengihan gatal.

Eii perempuan ni! Mengada betul!

Fuhhh, hangat ni. Memang nak kena confirmation daripada along. Sampai hati bercinta tak bagitahu adik kesayangan. Ini tidak adil!

"Merepek lah kau Amelia. Makan lah. Kejap lagi lambat masuk, bos kesayangan kau marah pula. Jangan nak membodek aku pula waktu tu."

"Kau ni... cuba lah doa yang baik-baik. Aku ni kan bakal kakak ipar kau."

"Stop it Amelia. Geli telinga aku."

Kami tergelak kuat. Haish, nasib termpat tersorok. Kalau ruangan biasa, memang menjadi pandangan mata orang lain melihat anak dara berdua ni gelak kuat. Aku tak apa. Isteri orang.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now