Janna Wafdan 19

1.3K 75 2
                                    

(EDITED)

Hye peeps🎈

Adoii, pening sis fikir nak update ke tak. Fikir-fikir balik, update je la. Jangan lupa vote dan komen. And give your opinion gias. Sayang semua♥️



SUASANA office yang agak lengang pagi ini kerana aku keluar lebih awal dari biasa. Hari ini, Wafdan yang menghantar aku. Katanya dia ada meeting disekitar tempat kerja aku. Jadi dengan rela hati dia menawarkan diri untuk menjadi driver buat aku. Dah ada orang offer diri, takkanlah nak menolak. Tolak rezeki namanya tu. Dan Janna Warda bukan yang jenis menolak pelawaan.

Derapan kasut tumit seseorang membuatkan aku mengangkat kepala. Amelia datang dengan senyuman manisnya. Dengan heels , makin kuatlah bunyi hentakan itu. Dia kelihatan sangat manis hari ini. Berbaju kebaya labuh dan bertudung bawal dengan warna yang sekata dengan bajunya- ungu lembut.

"Awal kau datang harini?" tegur Amelia. Dia menarik kerusi di tempatnya hadapan aku.

Aku hanya menjongketkan bahu. Selalunya aku datang tepat. Amelia yang selalu datang awal. Hari ini, nampaknya, sudah pecah rekod aku. Mesti Amelia fikir aku dah buang tebiat datang awal hari ini.

"Encik suami hantarkan. Ada meeting dekat-dekat sini." Aku membalas perlahan. Tak mahu orang dengar bicara sulit kami. Sulit? Memang sulit kerana sampai ke hari ini, hanya Amelia yang tahu.

Aku bukan apa, rasa malu kalau orang aku sudah berkahwin ketika masih belajar. Mentaliti masyarakat sekarang agak keterlaluan juga sekarang. Karang dicopnya aku gatal, aku pula yang naik angin, susah. Baik diamkan saja buat masa sekarang.

Lagipun, kalau aku dapat pekerjaan tetap disini nanti barulah boleh hebohkan aku fikir. Iyalah, tapi tengok keadaan juga. Kalau Wafdan izinkan aku bekerja. Kalau tak, memang aku buat business dari rumah lah jawabnya.

Biarpun masih awal pagi, tadi memang ada pekerja yang datang lebih awal. Antara faktornya untuk elakkan jam waktu pagi begini.

Termasuklah Encik Affan kita. Elok bersut hari ini. Ada meeting la tu.

"Selamat pagi Janna, Amelia." Sapa Encik Affan sopan dengan senyuman manis.

Eh, pagi-pagi kena maniskan senyuman. Kang rezeki susah tak masuk. Gurau je.

Amelia pandang Encik Affan tidak berkelip. Siap dengan pakej senyuman manis extra gula apabila ditegur oleh Encik Affan sendiri. Makin meleret dia tersenyum. Matanya langsung tidak berkalih melihat tubuh Encik Affan yang akhirnya hilang dibalik pintu pejabat.

Amelia pandang aku tidak berkelip. Masih sama riak wajahnya. Malah makin teruja. Tangannya memegang pipi. Kulitnya yang sawo matang itu memerah. Aishhh, malu betul tu!

"Kau dengarkan? Dia tegur aku tadi? Bukan mimpikan?" bertalu-talu Amelia menyoal. Sekali tamparannya hinggap di pipi sendiri.

"Hei! Jangan la tampar muka kau. Jerebu Malaysia nanti."

Amelia tarik muka kelat sedetik. Kemudian kembali dengan senyumannya yang gatal. Eleh, macamlah Encik Affan tegur dia seorang. Encik Affan pun tegur aku apa. Iyalah, aku adiknya.

"Aku tak percaya Janna. Encik Affan tegur aku. Oh my God! I just cant believe it!"

"18 kali dia pandang aku, tapi pandangan ke 19 tu, Encik Affan sapa aku juga. Argh! Bahagianya!"

Aku hanya mampu melihat. Tiada kata mampu diluahkan melihat keterujaan Amelia. Biarlah dia berbahagia sekejap. Bukan senang orang single nak bahagia.

Suasana office sudah dipenuhi pekerja memandangkan waktu berkerja akan bermula tidak lama lagi. Lewat masuk, salam takziahlah kerana punchcard warna merah.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now