Janna Wafdan 6

1.7K 96 2
                                    

(EDITED)


TAHULAH aku kenapa Wafdan boleh ada disini. Terlupa yang Ashi habis menjawab soalan final. Paper aku lagi 3 hari baru nak habis. Ashi aku suruh lebih awal kerana aku kesiankan dia untuk menunggu aku. Aku boleh duduk seorang.

Hubungan aku dengan Ashi kembali pulih sejak malam itu. Sama-sama menangis bagai langit nak runtuh. Aku tahu, rasa sayang aku pada Ashi lebih banyak daripada rasa sakit hati itu, tapi sebab aku rasa tertipu yang membuatkan aku dikawal oleh emosi.

"Aku maafkan kau Ashi. Aku pun nak minta maaf sebab aku terlalu emosi. Please, maafkan aku Nashirah."

"Kau tak salah Janna. Kau berhak marah aku. Tapi tolong jangan marahkan aku lagi. Kau satu satunya sahabat baik aku dunia dan juga akhirat." Ucapnya dalam sendu.

Lalu aku tarik tubuhnya bersatu dalam pelukan. Kami masing-masing rasa bersalah dan belajar dari kesalahan tersebut.

"Tolong rahsiakan daripada Wafdan yang aku dah tahu tentang hal ni." Pintaku setelah tubuh kami menjauh.

"Kenapa? Kau masih marah..."

"Tak. Aku tak marahkan kau. Aku cuma nak dia beritahu aku sendiri. aku nak tengok, sampai bila dia boleh tanggung seorang-seorang." Balasku dalam senyuman hambar.

Dan tak sangka Wafdan boleh muncul saat aku cuba menenangkan diri setelah Ashi pulang ke KL. Tapi kemunculan kali ini nampaknya aku tidak mampu untuk menyambutnya dalam keadaan yang baik. Seperti dahulu. Aku tak pandai untuk menyorokkan rasa sakit hatiku.

Dua hari lepas, dari petang sampai ke malam aku berkurung dalam bilik dalam keadaan berkunci. Akhirnya Wafdan buka pintu menggunakan kunci pendua tengah malam itu.

Aku pula? Sedar saja pada waktu itu. Tapi aku berpura-pura tidur. Penat melawan perasaan marah dan sakit dalam hati.

Wafdan masuk tanpa berbunyi derap langkahnya. Perlahan. Yang aku sedar, lampu ditutup dan pintu dikatup rapat serta berkunci. Aku hanya berbaring kaku tidak bergerak. Wafdan pula membaringkan tubuhnya rapat dengan aku walhal aku membelakangi dia

"Aku minta maaf Janna kalau aku ada buat salah pada kau. Aku bukan suami yang baik, tapi aku cuba buat yang terbaik untuk jadi suami pada kau." bisiknya perlahan ditelingaku. Tepi dahiku dikucup lama.

Tapi itu hal dua hari lepas. Ini, cerita yang harini. Aku mampu menegurnya. Cumanya agak kekok tak seperti dahulu.

"Sayang dah balik? Macam mana paper hari ni? Boleh jawab?" tanya Wafdan sebaik saja aku menjenguknya di dapur. Dengan apron unicorn pink biru kepunyaan aku. Haish, suami siapa lah tu.

"Alhamdulillah. Okay je. Ni, awak masak apa?" beg galas aku letakkan di meja makan. Sesekali aku memanjangkan leher melihat isi dalam periuk. Aku tersenyum kecil.

"Carbonara tin je. Tahu kan aku tak reti masak benda extreme sangat." balasnya dengan tangan menutup api. Dipindahkan sos carbonara ke dalam mangkuk kaca . Kemudian diletakkan di atas meja bersama-sama makaroni.

"Saya okay je makan apa-apa pun. Ni mana awak dapat carbonara ni? Setahu saya tak ada pula dalam cabinet sebelum ni." Soalku pelik. Kerusi meja ditarik untuk melabuhkan duduk.

Setahu aku, jarang aku dan Ashi membeli makanan instant dari tin. Sebabnya Ashi jenis menjaga makanan. Tidak suka makanan dari tin. Padahal sos prego tu ada saja dijual dalam balang kaca pun ditolak mentah-mentah. Sardine dalam tin pun Ashi tak suka. Itu yang buat aku musykil bila Wafdan tiba-tiba buat carbonara dari tin. Mana dapatnya.

"Tadi aku keluar kejap tadi lepas kau pergi exam. Taktahu nak masak apa kalau kau balik. Aku kesiankan kau. Penat-penat perah otak tadi, balik kena perah otak fikir menu pula" jelasnya lagi.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now