Janna Wafdan 25

1.4K 67 13
                                    

(EDITED)


hye gais, sorry sis baru update sebab last 2 weeks, shi admitted di hospital untuk operation.

so sekarang ni, shi tengah in recovery stage. tak boleh berlasak-lasak macam dulu and i need to take a lot of rest.

i hope, my lovely readers will pray for me to stay healthy okay?

and also please take care of yourself due to COVID-19 outbreak! please wear mask , wash you hand regularly, use hand sanitiser,  drink 1.5L - 2L water everyday and avoid pergi tempat yang crowded okay?

so here we go!



ALONG masih memandang aku tidak berkelip. Entah siapa yang mulut celupar menceritakan segala masalah yang melanda aku minggu lalu kepada dia. Tapi aku sudah tahu.

Tiada orang lain yang tahu masalah ini selain orangnya aku dan dia. Siapa lagi kalau bukan Amelia. Bakal isteri mithali along!

"Nak rahsiakan daripada along lagi ke Janna?" Along sudah berpeluk tubuh sambil berjalan perlahan di depan aku.

Fuhh, panas! Ya, sangat panas apabila disindir dalam diam begitu oleh along. Tahulah aku, memang susah mahu sembunyikan rahsia daripada along. Semua ada dalam genggaman along.

"Amelia memang tak boleh simpan rahsia kan?" desisku perlahan. Namun tak ku sangka, along memang telinga lintah!

"Jangan nak salahkan dia eh. Kalau along tak ugut potong gaji dia, dah tentu dia tak buka mulut."

Eleh! Iya la tu. Padahal mesti Amelia takut nak menderhaka dengan bakal suami yang belum tentu tu. Eiii! Tapi, entah bila mereka berdua menjalinkan hubungan?

"Along tanya sebab along risau dekat awak tau. Awak tu adik along. Tanggungjawab along. Walaupun Janna dah bersuami, tapi still, ikatan darah kita takkan terputus sampai mati sekali pun." Along bersuara tegas biarpun nada suaranya perlahan.

Alahai, along ni. Sendu pula. Aku tahu, along risau. Tapi aku tidak mahu membebankan mummy dan daddy. Takut kalau-kalau along meceritakan pada mummy dan daddy tentang perkara ini, kesian Wafdan.

Lagi pula, aku masih belum tahu kesahihan cerita disebalik gambar itu. Biarpun Fazira menafikan gambar tersebut, aku tidak percaya bulat-bulat. Boleh jadi ya. Boleh jadi tidak.

"Along... kalau boleh Janna tak nak orang tahu. Wafdan tu suami Janna."

"Along tahu, tapi let me help you. Along risau." Pujuk along lagi

Perlahan aku suakan telefon aku kepada along. Terpapar gambar Fazira dan Wafdan disitu. Yang aku sendiri tidak sanggup untuk melihat. Awal-awal lagi aku telah archieved whatsapp itu. Gambar pula aku disimpan dalam folder yang perlu dimasukkan kata kunci.

Safety first!

Aku bimbang kalau-kalau Wafdan menjumpai gambar tersebut. Tak terluka hati dia?

Aku bukannya tidak percayakan dia. Iya, awal-awal dulu aku hampir meroyan juga bila mendapat kiriman gambar tersebut. Tapi bila difikir secara rasional, badan itu bukan milik Wafdan.

Yang menjadi persoalan, siapa yang mahu menghancurkan rumah tangga aku?

"Dah beritahu Wafdan tentang hal ni?" soal along tiba-tiba.

Aku balas dengan gelengan. Seperti aku kata, aku bimbang dengan perasaan Wafdan. Apa yang Wafdan akan rasa bila tahu aku pernah hilang kayakinan terhadapnya suat ketika dulu?

"Along rasa, baik Janna beritahu Wafdan. Untuk kebaikan rumah tangga Janna juga. Hal ni nanti, along tolong settle kan. Jangan risau."

"Janna minta maaf susahkan along."

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now