Date.
Apa biasa orang buat bila dating?
Jenuh Adi bertanya kat pakcik google kat mana tempat dating area JB ni sementara menanti Rina bersiap.Bukan dia tak pernah dating sebelum ni, malah x terhitung dah dia dating dengan Mar. Tapi biasanya dia hanya perlu ajak tanpa perlu merancang segala.
Tapi dengan Rina lain, walaupun perkenalan dengan Rina singkat, tetapi Adi dapat merasakan Rina sangat konservatif. Mungkin terdapat aktiviti tertentu tidak disukai.
Wayang-cerita apa yang nak ditengok?
Shopping- nak kemana, kat Jb ni banyak tempat shopping.
Jalan2-ke mana...zoo...??
Ahhh....buntu.
Ehem...
Pasti Adi mengangkat wajahnya daripada screen telefon.
Adi terpegun melihat Rina dihadapannya sedikit berbeza walaupun masih sama.
Masih memakai jean, blouse dan dandanan yang nipis. Tapi tetap kelihatan cantik dan sedikit ayu berbanding sebelum-sebelumnya.
Cantik.
"Er...boleh kita gerak sekarang?"
Pertanyaan Rina menghentikan lamunan Adi.
"Ehem...yea...yea...jom..."pantas jemari Rina ditarik.
Rumah dikunci dan mereka bergerak.
ANDA SEDANG MEMBACA
Maafkan aku
RomansaAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...
