65: lamaran

52 3 0
                                        

Pagi tadi Rina setuju untuk dating dengannya. Adi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengembirakan dan meluahkan perasaan pada Rina. Persoalan Rina pada malam itu perlu dijawab.

Seharian mereka menghabiskan masa dengan tonton wayang, shopping, makan dan juga bermain boling. Satu lagi sisi Rina yang diketahuinya. Rina jenis yang berhemat, sangat menyukai drama, suka makan shushi dan sangat cepat belajar.

Setiap gerakan Rina amat menyenangkan. Kami dapat berbual, ketawa dan juga Rina tidak lagi menolak sentuhannya. Walaupun sedikit canggung, tapi dia tidak menolak.

Selepas dinner, Adi memandu ke Tasik UTM. Suasana malam ditasik itu amat menenangkan. Cahaya-cahaya lampu yang menerangi tasik memberikan permandangan indah. Dengan secawan kopi, mereka bersantai disitu.

Kita buat apa kat sini? Rina bertanya polos.

Jom lepak. Adi menarik Rina untuk bersantai di wakaf yang disediakan.

Memang telah bertahun Rina belajar di UTM, namun ini pertama kali dia bersantai di tepi tasik diwaktu malam. Suasana malam memang sangat indah. Rembulan terang menerangi malam bersama bintang-bintang terdampar dilangit menambahkan keindahan.

Tiba-tiba Adi menarik jemari Rina yang duduk disebelahnya.sebelah lagi Tangan Adi memegang sesuatu yang berkilau cantik. Sebentuk cincin belah rotan yang simple tapi menarik terpancar memantulkan cahaya bulan.

Rina....sayang

Rina cuba menarik kembali jemarinya namun gengaman Adi yang kemas tidak membenarkan..

Please...benarkan abang habiskan ayat abang dulu..please...

Abang tahu selama perkahwinan kita abang banyak melukakan hati sayang. Melukakan sayang...Abang ego untuk mengaku perasaan cinta abang pada sayang telah berputik semenjak kali pertama abang tengok sayang. Abang bodoh untuk menghukum sayang atas kesalahan yang sayang tidak lakukan.
Abang berkasar dengan sayang..
Abang mohon maaf kerana sentiasa abaikan sayang..
Abang mengaku abang cintakan sayang. Abang ingin sentiasa bersama sayang. Abang ingin selama-lamanya menjadi suami sayang.

Adi berlutut.

Nur Surina Suraya binti Mohd Umar...sudikah sayang maafkan abang atas semua kesalahan abang..dan menerima Mohd Daniel Suhardi bin Sulaiman sebagai suami sayang?

Hanya esakan halus kedengaran dari Rina. Adi panik. Adakah dia membuat kesalahan lagi.

Shush...shush...sayang...kenapa menangis ni...

Dan tangisan Rina semakin jelas. Adi terus memujuk..tetapi semakin dipujuk semakin kuat tangisan Rina.

Adi pasrah...mungkin Rina belum bersedia menerimanya..Adi hanya mampu memeluk dan membiarkan Rina menangis dipelukkannya.sekurang-kurang Rina tidak menolak pelukkannya.

Maafkan akuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang