Ting...tong...
Bunyi deringan loceng pintu mengejutkan Rina yang terlena selepas puas menangis pada pagi itu. Matanya melihat sekeliling..cuba mencari kelibat Adi..tetapi seperti tiada sesiapa dirasa. Dengan malas Rina bangkit dari pembaringan apabila merasa tiada sesiapa yang akan menjawab panggilan di pintu.
Apabila dibuka pintu, Rina tertegun melihat seorang budak memegang sejambak bunga ros kuning.
assalamualaikum Puan, tolong tanda tangan di sini.
Untuk saya?
Puan, puan surina?
Ya saya.
Jadi betul la untuk puan.
Teragak-agak Rina menerima jambangan itu.
Terima kasih.
Rina hanya melihat2 jambangan untuk melihat siapa pengirimnya. Tak kan Adi, tapi hanya adi y mengetahui dirinya di sini.
Sedang Rina tertanya-tanya, bunyi loceng pintu sekali kedengaran
Kali ni sebiji kek pula dihantar dengan ucapan I am sorry.
Sah kerja si Adi. Tapi buang tabiat ke? X pernah2 seromantik ni.
Loceng pintu kedengaran lagi. Satu set hidangan pula dihantar.
Kemudian terde gar satu mesej yang masuk.
Assalamualaikum sayang,
Morning Dear,
Maaf abang x sempat tunggu sayang bangun. Abang dah sampai KL ni. Sayang jangan lupa makan yea.
Luv u.
Emm...abang lebih prefer kalau sayang stay kat rumah kita. Tapi kalau sayang masih nak tinggal dengan kawan-kawan abang faham. Anyway just bagitau abang. That's home is your home honey.
Miss you already.
Kita jumpa weekend nanti.
Oh..reply my message and pick up my call please. Kalau tak abang risau.
Dan lagi satu, take your time to think about my proposal yea...please. i will wait.
Rina hanya terkedu membaca mesej dari Adi. Fikiran teringat semalam ketika Adi melamarnya. Dia hanya mampu menangis..kerana dia belum pasti apa perasaannya pada Adi. Rina juga merasa bersalah, gembira dan berbagai rasa...akhirnya persoalannya terjawab. Tapi setakat mana cinta Adi padanya masih menjadi persoalan. Kalau sebelum ni Adi mengistiharkan dia hanya akan mencintai Mardiah untuk selama-lamanya,tetapi dengan sedikit dugaan orang ketiga, mereka berpisah dan Adi berpaling mencintainya. Lalu sekiranya suatu hari nanti mereka juga diduga, adakah Adi tetap akan mencintainya seperti sekarang.
Bunyi Perut berkeroncong mengembalikan Rina ke dunia nyata.
Ah...nanti-nanti la reply...makanan kiriman Adi dibuka.
Bismillah..
ANDA SEDANG MEMBACA
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...
