↳˳⸙;; ❝ eins ᵕ̈ ೫˚∗:

49 3 74
                                    

「 DAY-0 」

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

「 DAY-0 」

"Kyaaaa~"

Terlompat-lompat dua gadis itu teruja. Kedua-duanya tergelak riang. Di dada mereka tersemat kemas tag nama yang masing-masing tertulis 'Kim Youra' dan 'Song Areum'.

"Tak sabarnyaaa!"

Mereka berdua terlompat-lompat lagi di situ. Mujur sahaja tiada siapa yang memperdulikan dua rakan karib itu. Semuanya sibuk melakukan hal masing-masing sementara menunggu ketibaan tuan pengetua mereka, Park Jinyoung atau nama popularnya, Jaywhypee.

Kesemua pelajar di situ merupakan pelajar gred 12 di Daegu High School. Mereka baru sahaja habis menduduki peperiksaan terpenting bagi mereka, iaitu peperiksaan Suneung atau College Scholastic Ability Test (CSAT). Untuk meraikan kemerdekaan mereka dari belenggu peperiksaan, sekolah mereka telah mengadakan percutian ke Pulau Jeju selama seminggu.

"Yah, jom ambil gambar. Kita tak boleh lepaskan peluang ni!" ujar Areum, pantas tangannya menyeluk poket baju sweater Youra untuk mengambil telefon Youra. Youra menayang wajah kereknya.

"Memang fon aku je yang kena," ujar Youra sambil mendekatkan badannya dengan Areum. Ibu jari Areum letakkan di bahagian tepi telefon pintar Youra. Sekejap sahaja, terus terbuka telefon itu. Sememangnya cap jari Areum telah didaftarkan di dalam telefon itu.

"Ala, fon kau kan kualiti cun. Ha sini, rapat sikit," ujar Areum sambil mengesot. Tersenyum dua kawan itu ke arah telefon pintar Youra. Bermacam gaya yang dilakukan. Sekejap tersenyum, sekejap tercebik, sekejap lagi tersengih.

Perbuatan mereka terhenti apabila kedengaran bunyi nyaring mikrofon yang baru sahaja dipasang. Berkerut dahi semua pelajar apabila bunyi berfrekuensi tinggi itu menyapa pendengaran. Terus pentas di dewan itu dipandang.

"Sampai dah bapak Jaywhypee."

"Aish, kacau aku nak selfie je."

"Ah sudah. Sekali dia berucap seribu alaf pun belum tentu siap."

"Weh aku tidur lu, pape roger."

Kedengaran bunyi rungutan para pelajar apabila melihat Tuan Pengetua Park sudah berdiri di atas pentas bersama mikrofon di tangan. Tuan Park melihat ke arah semua pelajar.

"Selamat pagi anak-anak murid kesayangan saya sekalian. Apa khabar semua?" soal Tuan Park sebagai pembuka bicara. Acuh tidak acuh sahaja semua pelajar menjawab.

"Khabar baikkkkkk..."

"Baguslah. Seperti yang kalian sedia maklum, hari ini kalian semua akan pergi bercuti ke Pulau Jeju selama seminggu. Apa perasaan kalian semua? Teruja tak?" soal Tuan Park lagi sambil tersenyum lebar. Sekali lagi dia mendapat respons tidak memberangsangkan oleh para pelajar.

"Terujaaaaaa..."

"Bagus bagus. Inilah yang kita mahukan! Saya pasti, anda semua pasti sudah tidak sabar mahu menyaksikan keindahan flora dan fauna di pulau Jeju. Kalau kalian semua ingin tahu, pulau Jeju memang terkenal dengan..."

Examination  [ ✔ ]Where stories live. Discover now