"Andwae!" Youra terus berlari laju menuju ke arah Jungkook yang sudah terbaring di atas lantai. Youra merangkul kepala Jungkook. Dia menangis teresak di situ melihatkan dada Jungkook yang sudah berdarah teruk. Cecair berwarna merah pula bertakung di situ.
"Jungkook..." Youra bersuara. Cuak tangannya cuba ditekan di kawasan dada Jungkook untuk menghentikan pendarahan. Tangisannya sudah tidak terkawal.
"Youra..." Lemah sahaja tutur kata Jungkook. "Appo..." ujar Jungkook. Dadanya sungguh terasa perit dan pedih. Ini adalah kali pertama dia ditembak seumur hidupnya. Sakitnya tidak terkata.
"Mian. Mianhae. Jangan tinggalkan saya, jebal," ujar Youra dalam tangisannya. Dia melihat sekeliling lalu pandangannya bertemu dengan Dumb.
"Tolonglah!" marah Youra. Dumb sekadar mendiamkan diri sahaja. Bukannya tidak mahu menolong, tetapi darah yang keluar terlalu banyak menyebabkan dia takut hendak menolong. Jikalau tiada darah pun, memang tidak dia akan menolong kerana Jungkook bukan berada di sisi Doktor Do.
Dumb melirik ke arah Doktor Do. Kelihatan lelaki tua itu senyap-senyap sedang menghampiri Youra bersama jarum suntik di tangan. Tidak mahu merosakkan rancangan, Dumb hanya diam mengunci mulutnya.
"Jungkook. Bertahan. Jangan tinggalkan saya. Mian. Mianhae," ujar Youra bersilih ganti dengan esakannya. Keadaan Jungkook semakin lemah. Mata Jungkook juga sudah semakin layu ingin tertutup.
Jungkook mahu berkata sesuatu kepada Youra. Jungkook mahu membalas bahawa dia tidak akan meninggalkan Youra. Youra tidak bersalah. Dia akan sentiasa berada di sisi Youra.
Tetapi sakit yang mencucuk di dadanya menghalang segala pergerakannya.
Jungkook cuba menahan matanya dari tertutup. Adakah ini pengakhiran hidupnya? Adakah dia akan mati begini? Mati di tangan Doktor Do?
"Ani ani. Jangan tutup mata. Bangun, Jungkook," arah Youra. Dia memandang Jungkook dengan mata berairnya. Pandangan itu Jungkook balas dengan sayu. Tidak mampu berkata apa-apa lagi, mata Jungkook akhirnya tertutup rapat.
"Andwae..." Youra menggeleng kepala. Kawasan dada Jungkook ditekannya lebih kuat. Kepalanya digeleng.
Tidak... Dia tidak mahu Jungkook meninggalkannya!
"Jungkook..." panggil Youra. Namun dia langsung tidak mendapat sebarang respons dari Jungkook. Youra menundukkan kepalanya lalu menangis teresak-esak. Dada Jungkook masih ditekannya dengan penuh harapan.
Saat itu, Doktor Do sudah tiba di belakang Youra. Perlahan-lahan, doktor itu mengangkat jarum suntik itu, bersedia untuk mencucuk Youra.
Tiba-tiba sahaja, satu bunyi siren polis yang kuat kedengaran. Youra mengangkat kepalanya dengan terkejut. Matanya meliar ke sekeliling dengan harapan Jungkook akan diselamatkan.
"Babi!" Doktor Do langsung mencarut apabila mendengar bunyi siren itu. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia lantas berlari menuju ke arah tingkap yang ada di situ lalu keluar.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...