𝐄𝐗𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍

15 2 0
                                    

"Ugh~"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ugh~"

Lelaki itu meregangkan badannya. Belakang badannya ditepuk-tepuk buat beberapa kali. Di tubuhnya tersarung sebuah kot berwarna putih. Di atas meja di hadapannya terdapat sebuah bikar dengan cecair berwarna putih di dalamnya. Di atas sebuah lagi meja di situ pula bersepah dengan helaian kertas.

"Doktor, saya balik dulu tau," seorang lelaki yang turut memakai kot yang sama bersuara. Dia menundukkan badan ke arah lelaki yang sekarang dia bekerja di bawahnya, Doktor Do atau nama sebenarnya, Do Dongryeok. Dongryeok tersenyum nipis dan menganggukkan kepala.

"Baliklah dulu. Biar saya siapkan kerja ni. Gaji tambahan awak saya dah letakkan atas meja," terang Dongryeok. Lelaki tadi menundukkan badannya sekali lagi dan beredar dari situ, ucapan terima kasih tidak lupa diucapkan.

Dongryeok mengeluh kecil. Lehernya diregangkan. Sudah berjam-jam dia berada di dalam bilik ini, duduk di sini, hanya untuk menyiapkan formula ciptaannya. Dongryeok memandang bikar di hadapannya.

Sudah 23 kali formula ciptaannya gagal. Moga-moga kali ini ia berhasil.

Dongryeok mengambil kaca mata pelindung di atas meja dan memakainya. Sebuah tabung uji yang berada berdekatannya diambil. Kelihatan cecair berwarna merah seperti darah terkandung di dalam tabung uji tersebut. Dongryeok menarik nafas dalam.

Dengan berhati-hati, cecair merah itu dituang masuk ke dalam bikar di hadapannya. Cecair merah itu bercampur dengan cecair jernih di dalam bikar itu. Dongryeok lantas sahaja meletakkan tabung uji itu ke tepi dan berganjak sedikit jauh dari situ usai menuang segala cecair merah. Dalam hati tidak putus dia berharap.

Dua cecair yang dicampur itu berubah menjadi sebuah cecair berwarna biru laut. Harapan Dongryeok semakin meninggi. Namun begitu, segalanya bagai hancur apabila tiba-tiba sahaja cecair itu menghasilkan kepulan asap hitam. Arif dengan situasi itu, langsung sahaja Dongryeok menjauhkan diri dari situ.

PANG!

Satu letupan yang kuat kedengaran apabila hasil eksperimen Dongryeok meletup lalu menyebabkan bikar tersebut habis terpelanting ke atas lantai dan pecah. Dongryeok mengeluh seketika.

Sekali lagi dia gagal.

Dongryeok meraup wajahnya. Kesal. Ingin sahaja dia berteriak sepuasnya dan membaling kesemua benda yang ada di dalam makmal ini sekarang. Namun begitu, dia cuba untuk menahan dirinya dari berbuat demikian. Dia masih sedar diri.

Saat itu, telefonnya yang berada di dalam poket bergetar menandakan ada notifikasi yang dia terima. Dongryeok mengambil telefonnya. Sebaik sahaja melihat nama yang terpapar di skrin telefon, terus dia tersenyum nipis.

Hwara
Yeobo, eodiya?

Do Hwara. Wanita yang sudah sah bergelar miliknya. Satu-satunya wanita yang dia ingin bersama sehingga mati. Itu jugalah merupakan faktor dia mencipta formula untuk kekal hidup selama-lamanya.

Examination  [ ✔ ]Where stories live. Discover now