↳˳⸙;; ❝ achtzehn ᵕ̈ ೫˚∗:

5 2 0
                                    

Youra mengerutkan dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Youra mengerutkan dahi. Dia mengubah posisinya kepada duduk. Kepalanya dipegang.

Dia kembali teringat akan kejadian semalam. Apa yang menyebabkan kepalanya sakit dengan begitu teruk sekali? Tetapi, tak silap Youra... Dia sudah mendapat kesemua derianya semula semalam.

"Aaa..." Youra cuba bersuara, lalu jelas kedengaran suaranya sendiri di pendengarannya. Serak sahaja suaranya, barangkali kesan kerana sudah lama tidak meminum air. Ya, sudah lama Youra tidak makan mahupun minum apa-apa, tetapi dia lamgsung tidak berasa lapar.

Youra menyentuh lantai yang didudukinya. Dinding yang berada di belakangnya turut disentuh. Melihatkan tekstur yang tidak asing, dapat Youra simpulkan bahawa dia sekarang berada di dalam sebuah bilik.

Sebuah bilik...

Youra mengerutkan dahi. Tangannya naik menyentuh mata. Kali ini, jelas terasa seperti ada sesuatu yang diikat di matanya yang menghalang pandangan matanya. Youra meraba-raba benda yang berada di matanya dan cuba menariknya, namun tidak berjaya. Seolah-olah benda itu melekat terus di kepalanya.

Youra mengetap gigi. Dia cuba menyeimbangkan dirinya dan berdiri dari duduk. Dengan berhati-hati, dia berjalan sambil meraba-raba sekeliling. Ada juga waktu dia hampir tersadung disebabkan sudah lama tidak berjalan.

Tidak lama kemudian, tangan Youra tersentuh sesuatu benda yang aneh pada dinding. Ia bersambung pada dinding tetapi teksturnya bukan sama sekali sebuah dinding. Youra menyentuh benda itu dan cuba mengingat menggunakan memorinya selama dia hidup.

Kaca?

Youra mengetuk-ngetuk kaca yang disentuhnya itu tanpa berfikir panjang.

"Tolong! Tolong saya!"

Sementara itu, di luar bilik spesimen itu pula, kesemua orang sudah terkejut apabila Youra mula meminta tolong. Masing-masing tidak tahu mahu berbuat apa. Jungkook yang turut berada di sana laju sahaja bergerak menuju ke kaca yang membolehkan keadaan di dalam bilik spesimen itu diperhatikan.

"Takde orang nak keluarkan dia ke?!" soal Jungkook keras. Terdiam seketika semua jururawat di situ. Saat itu juga, pintu bilik dikuak dari luar lalu masuk seorang lelaki berkot putih.

Doktor Do.

Tergelak kecil lelaki itu melihat Youra yang sedang meminta tolong. Pandangannya dialihkan ke arah Jungkook yang sedang menatapnya tajam.

"Nampaknya semua deria dia dah pulih," ujar Doktor Do. Dia tersenyum senget ke arah Jungkook. Jungkook mengepal penumbuknya. Geram melihat wajah doktor itu.

"Tolong!" Youra kekal mengetuk kaca itu. Tangannya yang terasa sakit digosok seketika. Sambil itu, dia menekap telinganya pada kaca itu. Cuba mendengar apa-apa yang boleh didengarinya untuk mengetahui di mana dia berada sekarang.

"Lepaskan Youra sekarang!" Jungkook berteriak kuat ke arah Doktor Do. Saat itu, Youra terdengar akan suara itu. Spontan dia bergerak menjauhi kaca itu. Berkerut seketika dahinya.

Examination  [ ✔ ]Where stories live. Discover now