"WOOOOOOO"
"WAAAAAAA"
"WEEEEEEEE"
"WUUUUUUU"
"WIIIIIIIIIIIIIIII"
Seperti kebiasaannya, keadaan di dalam bas tersangatlah bising. Tidak padan dengan umur yang semakin meningkat, masing-masing sakan berbuat bising di dalam bas. Guru-guru pengiring juga sudah menggeleng kepala melihat karenah mereka. Sudah lima kali ditegur, lima kali itu jugalah mereka tidak mempedulikannya.
Sementara pelajar-pelajar yang lain berbuat bising, terdapat juga pelajar yang sudah terbongkang tidur di tempat mereka. Termasuklah Areum.
"Ala Reum, bangunlah. Temanlah akuuuuu," Youra menggerak-gerakkan badan Areum yang sudah berada di alam mimpi. Dia berdecit kecil. Laju betul minah ni tidur. Letak kepala tidak sampai 10 saat, dah tertidur. Orang kejutkan bukannya nak bangun. Penat sangat nampaknya.
Youra melihat sekeliling. Haih, bosanlah pula. Nak bergaul dengan orang lain, memang tidaklah. Dia bukannya seorang yang peramah dan mudah bergaul. Sebab itulah hanya Areum sahaja teman baiknya, tempat dia bergila-gila. Kalau tiada Areum, beginilah jadinya.
Youra mengeluarkan telefon pintarnya. Aplikasi Instagram dibuka. Namun tidak sampai lima minit menelaah, dia kembali menutup telefonnya dan menyandarkan kepalanya ke kerusi. Kepalanya terasa berpinar seketika.
"Ah, bosan," Youra mengembungkan pipinya. Nak main telefon pun tak boleh sebab dia memang jenis mabuk darat. Areum di sebelah dipandang. Pipi Areum dicubitnya. Kacau Areum tidur pun jadilah.
"Oi bangun,"
"Areummmmmmmmm,"
"Ala bangunlahhhhhhh,"
"Weh kemalangan weh!"
"Ala kau ni tak syok lah,"
"Tak payahlah tidurrrr temanlah akuuuuu,"
"Ha takpelah. Aku nak usha Joshua kat IG,"
"Weh hot nauuuuu,"
"Bangunlah kau tak nak tengok ke Joshua hot ni!"
"Hish!"
Youra memeluk tubuh. Geram dengan Areum. Biasanya apabila dipetik nama Joshua, tidak kiralah Areum sedang tidur ke, berada di dalam tandas ke, makan ke, bermain permainan video ke, pasti dia akan terus berlari mendapatkan Youra dan bergosip tentang lelaki pujaan hatinya itu. Tetapi kali ini tidak terbangun pula.
"Dah lah, merajuk," ujar Youra lalu menjauhkan diri dari Areum dengan mengesot ke tepi tingkap. Pemandangan di luar dilihatnya. Lama kelamaan pening juga kepalanya melihat pokok-pokok yang bagaikan bergerak laju melintasi bas itu.
"Auch, my eyes. Memang jalan nak pergi Jeju ada banyak pokok ke camne?" soal Youra. Matanya digosok-gosok seketika sebelum dia menyandarkan badannya pada kerusi. Saat itu, sakit di lengannya terasa mencucuk.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...