「 DAY-3 」
"Beratur! Makan!"
Seperti hari-hari sebelumnya, mereka semua disuruh beratur untuk makan. Kesemua pelajar mula beratur. Kali ini berbeza dari hari yang lainnya, kerana kesemua pelajar kelihatan tidak waras. Kesemuanya membuat bising dan tersengih-sengih di dalam barisan.
Hari ini adalah hari ketiga Youra terseksa di dalam neraka itu. Dan hari ini juga, dia dan Areum perlu berlakon sebagai seorang gila. Youra mempunyai suatu firasat yang mengatakan jika Doktor Do tahu akan kenormalan mereka, mereka turut menjadi mangsa seterusnya.
Mereka perlu melindungi kewarasan mereka. Mereka perlu keluar dari sini. Secepat mungkin.
Tidak jauh dari situ, dapat Youra lihat Doktor Do yang sedang memerhati barisan ini. Tersenyum doktor itu.
"Semua pelajar dah kena suntik?" soal Doktor Do kepada jururawat bernama Crab. Crab menganggukkan kepala. Matanya turut mengimbas barisan itu, melihat satu-persatu pelajar gila.
"Aku nak kau perhatikan diorang. Kalau nampak ada yang normal, terus suntik ubat tu pada diorang," arah Doktor Do. Crab mengangguk faham dan menundukkan badannya ke arah Doktor Do apabila lelaki itu berjalan pergi.
Youra yang sedari tadi memerhati mengetap gigi. Doktor Do. Benci benar dia dengan lelaki tua itu. Punca mereka semua terperangkap di sini.
"Reum," panggil Youra. Areum mendekatkan diri dengan Youra, ingin mendengar apa yang rakannya katakan.
"Nanti kita jalankan rancangan kita," ujar Youra. Areum mengangguk kepalanya faham. Selepas itu, mereka berdua terus berlakon seperti orang gila. Nasib baik juga mereka memang pandai dalam bidang lakonan, jadi tidaklah ketara penipuan mereka.
【💉】
Keadaan di dalam dewan ini bising sekali. Bisingnya terasa lebih bingit dari hari-hari sebelumnya. Mungkin sahaja disebabkan oleh bilangan pelajar yang gila sudah semakin meningkat. Boleh juga jadi kerana pelajar yang gila semakin menggila.
Youra kekal memerhati sekeliling dari tempat duduknya. Sudah tentulah, lakonan sebagai seorang gila tidak ditinggalkannya. Makanannya sengaja dimakan comot-comot dan ada yang tertumpah ke bajunya.
"HEHEHEHE!" Areum mencucuk garfunya beberapa kali ke atas permukaan meja lalu tersengih suka. Airnya juga diambil dan diminum laju, sehingga ada air yang tumpah ke baju. Selepas itu, mulutnya dilap dengan baju.
"Youra, nak pergi bila?" bisik Areum. Garfunya kekal dicucuk-cucuk ke meja. Youra terdiam kecil. Garfunya turut diambil lalu dia menggesekkannya ke atas pinggan, menghasilkan suatu bunyi yang membingitkan.
"Sekarang,"
"Haksaeng. Senyap sikit," seorang jururawat menghampiri Youra. Anak matanya memandang ke arah garfu yang berada di tangan Youra. Melihatkan jururawat datang padanya, terus Youra melancarkan serangan lakonannnya.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Misteri / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...