Youra menoleh ke belakang. Anak matanya melihat Tuan Kim sedang berlari laju mengejar kereta ini namun akhirnya berhenti dek tidak mampu menyaingi kelajuan kereta. Dia menghembus nafas lega.
"Ah, ya, saya ada satu kecemasan," wanita itu lantas melekapkan semula telefon yang dipegangnya ke telinga apabila teringat bahawa polis yang ditelefonnya tadi masih berada di dalam talian. Tidak mahu menyusahkan wanita itu, Youra lantas mengambil telefon itu bagi wanita itu fokus memandu.
"Tolong saya! Saya kena culik dan dibawa ke Do Psychiatric Hospital. Doktor gila tu cucuk sejenis dadah dalam badan kitorang dan kawan saya yang lain dah jadi gila! Saya berjaya lepaskan diri, tapi diorang nak tangkap saya semula!" ujar Youra dengan nada yang kuat dek terlalu panik. Saat itu, anak matanya terpandang cermin sisi kereta. Kelihatan beberapa buah kereta berwarna hitam sedang mengekori mereka dengan laju.
"Apa tu?" wanita berbadan dua yang sedang memandu turut melihat kereta itu. Dia menekan pedal kereta, ingin melajukan lagi kereta.
"Cik, saya minta cik bertenang dan lihat sekeliling. Boleh cik bagitahu di mana cik berada sekarang? Kami akan hantar pasukan secepat mungkin."
Youra melihat sekeliling ingin mencari sebarang papan tanda. Namun, langsung tidak kelihatan papan tanda di situ. Sempat ditilik cermin sisi sebentar. Kereta-kereta di belakang semakin mendekat.
"Awak tahu ke kita ada kat mana sekarang?" soal Youra pada wanita di sebelahnya, terketar-ketar suaranya cuba menahan rasa takut. Wanita itu menggeleng laju. Tangannya kuat menggenggam stereng kereta. Dia takut sekiranya kereta hitam itu mengapa-apakannya.
"T-Tak tahu. Saya cuma ikut jalan ni sebab dia jalan pintas nak pergi Pusat Pemulihan Pohang," ujar wanita itu. Berkerut dahi Youra mendengar. Pohang? Dia fikir dia masih berada di Daegu. Jadi, doktor tu dah bawa mereka ke Pohang?
"Saya tak tahu. Tapi jalan ni jalan pintas nak pergi ke Pusat Pemulihan Pohang. Takde papan tanda kat sini, dan jalan ni dikelilingi hutan tebal," ujar Youra. Sedaya upaya dia memberikan maklumat yang lebih terperinci.
"Kenapa kereta tu makin mendekat?" Wanita di sebelahnya sudah panik apabila dilihatnya kereta hitam di belakang semakin melajukan kereta mereka. Youra menggigit bibir.
"Hospital tu. Nama doktor gila tu Doktor Do. Hospital tu ada dua bangunan besar, satu bangunan lama dan satu lagi baru. Dia kurung kami semua dekat bangunan baru, dan dia suntik ubat pada kami dekat bangunan lama, dalam Black Room. Sekeliling hospital tu ada hutan tebal," laju Youra memberi penerangan tentang hospital itu. Dilihatnya sebuah kereta hitam laju dipandu melepasi kereta mereka. Mereka berdua terdiam seketika sambil memerhati kereta itu.
"Kereta lain dah berhenti," beritahu Youra pada wanita itu apabila dilihatnya kereta hitam di belakangnya sudah terhenti. Kereta hitam di hadapan mereka semakin laju bergerak ke hadapan menjauhi mereka.
"Cik, kami perlukan cik untuk kekal dalam talian dan beritahu ciri-ciri fizikal doktor Do."
Youra menggigit bibir. Kepalanya berserabut, lagi-lagi dengan kehadiran kereta hitam itu. Sambil memerhati kereta itu tajam, dia mula memberi penerangan.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...