「 DAY-7 」
Youra berjalan mengikuti barisan menuju ke bilik masing-masing. Sambil itu matanya tidak berhenti dari meliar ke serata tempat untuk mencari Jungkook. Masih tiada kelibat yang ingin dicarinya.
Usai masuk ke dalam bilik, Youra terduduk malas di hujung bilik. Kepalanya tidak henti memikirkan tentang Jungkook. Selepas mereka berjumpa petang semalam, dia tidak lagi mendengar khabar lelaki itu sehinggalah ke pagi ini.
Lelaki itu baik-baik sahaja kan?
"UUUUUU!"
Suara teruja Areum langsung tidak menarik perhatiannya. Youra menyandarkan badannya ke dinding. Dia hanya memerhati siling yang putih.
Kelihatan Areum sudah berlari terkedek-kedek menuju ke arahnya. "Rara!" panggil Areum. Bilik air ditunjuknya dengan jari telunjuknya.
"Boyfriend Rara cari!"
Youra kekal memerhati siling di atas. Apa yang dikatakan Areum bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia langsung tidak mengambil perhatian. Namun selepas beberapa saat, dia kembali bertanya semula setelah ayat Areum ditafsir otaknya.
"Mwo?!"
"Boyfriend Rara—"
Tanpa menunggu Areum menghabiskan ayatnya, Youra berlari laju menuju ke tandas. Dia masuk ke dalam tandas lalu figura yang dia cari dari tadi terpampang di hadapan mata. Jungkook tersenyum kecil.
"Anneyong,"
"Kook-ah!" Youra meluru ke arah lelaki itu. Badan Jungkook ditiliknya penuh risau.
"Gwaenchana? Awak pergi mana selama ni hah? Saya cari awak tadi takde pun! Awak dah makan ke belum?" soal Youra bertubi-tubi. Apabila dilihatnya luka di tapak tangan Jungkook semakin bertambah, Youra menepuk bahu Jungkook geram.
"Kan saya dah suruh hati-hati!"
"Dah hati-hati. Tapi pagar tu tak beri kerjasama," ujar Jungkook lalu tersengih tidak bersalah. Youra memandang tajam wajah Jungkook.
"Geokjeongma. Tak sakit pun," ujar Jungkook lalu menguntum sebuah senyuman. Youra menjeling lelaki itu. Tak sakit konon!
"Awak dah makan ke? Saya ada curi roti untuk awak," ujar Youra, roti dan air mineral dari poket bajunya dikeluarkan dan dihulur pada Jungkook. Jungkook menerima huluran tersebut. Satu senyuman ditayang.
"Gomawo."
"Eo," balas Youra. Dia menarik Jungkook untuk duduk di atas lantai. Tiada siapa yang menggunakan tandas itu sejak tadi, jadi lantai di situ tidak basah dan kering sahaja.
"Sebenarnya, saya datang—"
"Cakap sambil makan," arah Youra. Roti dari tangan Jungkook diambil dan dibuka plastiknya lalu disua semula kepada Jungkook. Jungkook hanya menurut perintah, roti itu diambil dan digigitnya. Selepas gigitan itu ditelan, dia mula bersuara.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Misterio / Suspenso❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...