"Yah!"
Youra menjerit kuat. Dumb menoleh, lalu ketika itu juga Youra membaling tukul itu ke arah Dumb. Boleh pula tukul itu mendarat tepat di atas tapak kaki Dumb. "ARGH!" Menjerit kuat Dumb apabila kakinya dihempap tukul itu.
Dumber berhenti membelasah Jungkook apabila Dumb menjerit. Dia kini menumpukan perhatian ke arah Youra. Penumbuknya dikepal. Sepantas yang mungkin, dia berlari laju ke arah Youra.
Youra mengambil nafas. Menggunakan otak bijaknya, Youra sekadar menunjukkan tapak tangannya sahaja ke arah Dumber. Berhenti terus lelaki itu jadinya apabila melihat darah di tapak tangan Youra.
"Kenapa? Takut?" soal Youra sinis. Dia melangkah ke hadapan manakala Dumber berundur beberapa tapak ke belakang. Tanpa disuruh, Dumber sendiri yang berganjak pergi, menuju ke arah Dumb yang kesakitan. Tidak sanggup dia berhadapan dengan darah.
Youra pantas berlari mendapatkan Jungkook yang sudah terbaring lemah di atas lantai. Wajah Jungkook sudah lebam-lebam. Youra merangkul kepala Jungkook.
"Jungkook!" panggil Youra. Wajah Jungkook ditiliknya risau. "Tak payah lah lari macam tu!" marah Youra. Matanya mula berair. Sungguh dia takut jika kehilangan Jungkook. Jungkook tersenyum lemah ke arah Youra. Dia membuka mulut ingin mengatakan sesuatu, namun lain jadinya apabila dia terbatuk darah.
"Kook..." panggil Youra pelan. Air matanya mula mengalir ke pipinya. Jungkook menghela nafas lemah. Wajah Youra dipandangnya.
"Mian..."
"Ani! Jangan cakap!" marah Youra. Dia cuba mendudukkan tubuh Jungkook sambil memerhati sekeliling.
"Kita keluar dari sini, eo?"
"Tch," Doktor Do berdecit melihat drama di hadapan matanya. Dia tergeleng kecil. Saat itu, anak matanya bertemu dengan Dumber. Doktor Do mengangkat kening, lalu melihat ke arah Youra. Dumber mengetap bibir, memahami signal tersebut. Perlahan-lahan, sebuah tukul yang berada tidak jauh dari situ dicapainya.
"Kook, bertahan! Kita akan keluar dari sini," ujar Youra. Tangan Jungkook dilingkarkan ke lehernya lalu Youra membantu lelaki itu berdiri. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Youra mengatur langkah ke arah pintu bilik bersama Jungkook. Perlahan sahaja langkah mereka.
"Youra..." panggil Jungkook. Youra menggeleng kepala.
"Diam. Jangan cakap apa-apa," arah Youra. Youra mengelap kasar air mata yang sudah membasahi wajahnya.
Ketika itu juga, Dumber berlari ke arah mereka bersama tukul di tangan. Jungkook yang mendengar bunyi tapak kaki mendekat langsung menoleh ke belakang. Melihatkan Dumber menuju ke arah Youra, spontan Jungkook memeluk tubuh gadis itu. Sekelip mata sahaja, Jungkook telah menerima pukulan tukul yang seharusnya diterima oleh Youra.
Membulat mata Youra. Perlahan-lahan, tubuh Jungkook yang memeluk dirinya mulai jatuh menghempap lantai. Youra terus mendapatkan Jungkook. Dia teresak kecil.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...