Youra membuka mata apabila badannya terasa sakit. Berkerut dahinya cuba menafsir di mana dia ada sekarang. Dilihatnya sekeliling. Setelah beberapa saat, barulah mindanya dapat berfungsi. Dia berada di dalam sebuah kereta.
Youra mendudukkan dirinya. Dia sedang terbaring di atas tempat letak kaki di kerusi belakang. Pasti kereta ini telah dibrek secara mengejut yang menyebabkan tubuhnya terjatuh ke bawah.
Youra memandang tangannya yang sudah berikat di hadapan. Merasakan ada selotep yang dilekatkan di mulutnya, Youra lantas mencabut selotep itu. Dengan bersusah-payah, dia cuba untuk duduk semula di tempat duduk belakang.
Bahagian pemandu dan sebelahnya dipandang. Tuan Kim dan Puan Kim. Youra meneliti jalan yang mereka sedang lalui. Dia tidak tahu jalan apakah ini, tetapi di kiri dan kanan jalan ini dipenuhi dengan hutan tebal.
Tak semena-mena situasi pagi tadi menjengah minda. Jalan yang dia jumpa pagi tadi pun terdapat hutan tebal di sekelilingnya.
"Eomma. Appa. Kita nak pergi mana?" soal Youra datar. Puan Kim menoleh ke belakang. Dia tersenyum sinis melihat Youra.
"Eo, dah bangun?"
"Sanggup eomma appa buat Rara macam ni. Macam mana dengan waktu yang kita habiskan bersama?" soal Youra. Sebak sahaja nada suaranya. Terasa seluruh tenaganya sudah menghilang entah ke mana.
"Diam jelah," ujar Tuan Kim. Youra terdiam seketika. Walaupun dia sayang akan dua manusia ini, dia tidak boleh membiarkan mereka mencederakannya seperti ini!
Youra memerhati tali di tangannya. Diperhati ikatan yang digunakan untuk mengikatnya. Tidak lama masa yang diperlukan, terus dia mula menggigit tali itu, meleraikan satu persatu ikatan tali itu.
Keadaan di dalam kereta itu mulai senyap. Tidak lama kemudian, tali yang mengikat tangan Youra berjaya terlerai. Youra meregangkan tangannya.
"Berhenti sekarang," arah Youra. Tuan Kim tergelak kecil. Youra dilihatnya melalui cermin pandang belakang.
"Kalau tak apa? Kau nak belasah kitorang?"
"Kau fikir kau siapa nak suruh orang huh?" soal Puan Kim. Youra menggigit bibirnya.
Saat itu, dia teringat sesuatu. Disebabkan dia hidup dengan ibu bapa yang mata duitan, dia tahu segalanya tidak mustahil. Oleh itu, dia telah menyembunyikan sebuah telefon kecemasan di celah kerusi penumpang untuk mendapatkan bantuan sekiranya ibu bapanya mengulangi kesalahan yang sama.
Lantas dia menyeluk tangannya ke dalam tempat diletakkan telefon itu. Dia meraba sekeliling dan tersentuh sebuah objek keras. Lantas objek itu ditariknya lalu ditekan punat di tepi telefon itu lama. Sementara menunggu telefon itu terbuka, dia menyorokkannya di belakang badannya.
"Eomma, appa, jebal. Kenapa korang buat macam ni pada Rara?" soal Youra. Puan Kim menoleh ke belakang melihat anaknya.
"Sebab kitorang nak duit."
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystère / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...