「 DAY-4 」
"Kalau macam tu, awak ingat tak masa kita pergi tengok wayang sama-sama?"
"Tak! Hihihi!"
"Masa kita pergi pantai?"
"Tak!"
"Pesta lampu?"
"Apa dia?"
"Pesta lampu. Awak ingat kan?"
"Tak! Hahaha!"
"Areum-ah jebal..."
Youra meraup wajahnya. Badannya disandarkan pada dinding.
Sumpah. Dia masih tidak mampu menerima hakikat yang Areum kini bukanlah dirinya yang sebenar. Semenjak Areum tiba semula di bilik itu pagi tadi, dia tidak henti berkelakuan pelik, sama seperti Raeun dan Chaeri. Youra cuba untuk menormalkan semula Areum, tetapi usahanya sia-sia. Memori mereka bersama pun langsung tidak diingatinya.
"Selamat pagi semua pesakit kesayanganku."
Satu suara mula kedengaran melalui pembesar suara. Spontan Raeun, Chaeri dan Areum berlari laju menuju ke pintu bilik. Bersama pelajar-pelajar lain, mereka semua menjerit teruja mendengar suara Doktor Do, lagaknya seperti peminat yang menjumpai artis kegemaran mereka sahaja.
"Doktor!"
Youra bangkit dari duduknya dan menuju ke pintu bilik. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berlakon menjadi pelajar gila buat masa ini.
"Wah. Terasa segar mendengar sorakan pesakit-pesakit hospital ni."
"Tch," Youra berdecit mendengar ayat itu. Kalau boleh, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk ke wajah lelaki tua itu.
"Baiklah semua. Disebabkan baru harini aku berjaya suntik semua pelajar, jadi harini aku akan edarkan baju pesakit untuk korang semua. Kesian korang, dah empat hari pakai baju sama ya?"
Kesemua pelajar mula tergelak besar. Seolah-olah apa yang doktor Do cakapkan itu ialah sebuah jenaka yang sungguh lawak.
"Bagus semua. Teruskan ketawa sebelum aku buat hidup korang terseksa nanti."
Bukannya ingin berhenti, gelak tawa para pelajar mula menjadi kuat. Youra mengetap gigi. Penumbuknya dikepal.
"Okey semua. Edarkan baju pesakit yang aku bagi tu. Jangan lupa test diorang dulu. Kalau ada yang nampak normal, jangan berlengah lagi. Terus heret ke Black Room."
Pembesar suara ditutup. Youra menghela nafas mendengar. Ada ujian?
"Tepi, tepi,"
Youra mengalih pandangan ke arah jururawat yang bersuara di muka pintu. Dua orang jururawat berjaya masuk ke dalam bilik mereka dengan bersusah-payah dek tiga orang pesakit yang mengerumun di situ.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...