「 DAY-1 」
"Argh..."
Youra mengetap bibir cuba menahan sakit yang mencucuk di bahu. Mata dipejam.
Sudah sehari berlalu, sakitnya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin membaik malahan semakin mencucuk-cucuk sakitnya.
Kesemua pelajar Daegu High School juga sudah sehari menghabiskan waktu di situ. Malam semalam, mereka tidur dalam keadaan yang tidak lena di atas lantai. Banyak pula nyamuk yang berkeliaran. Masing-masing sibuk memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dari situ. Ada yang sudah mendapat akal, ada yang masih mati akal.
"Yah, gwaenchana?" soal Areum. Bahu Youra disentuhnya pelan. Laju Youra menepis tangan Areum. Satu senyuman ditayang.
"Gwaenchana. Raeun dan Chaeri dah bangun ke?" soal Youra , lantas topik dialihkan. Areum menggeleng kepala.
"Diorang tak bangun. Aku risaulah..." kata Areum. Kepalanya ditunduk ke bawah. Dia takut. Bagaimana jika doktor gila itu telah memberi mereka sesuatu yang membuatkan mereka mati dalam tidur? Bagaimana jika dia menerima nasib yang sama?
Pandangan Youra mulai berubah mendung. Lantas tubuh Areum dipeluknya. Dia tahu, rakannya itu mempunyai semangat yang lemah.
"Gwaenchana. We'll find a way out," bisik Youra. Areum mengetap bibir.
"I'm scared..."
PANG!
Terlepas terus pelukan mereka apabila satu bunyi yang kuat kedengaran.
"MASA UNTUK MAKAN!"
Serentak dengan itu, bunyi pintu dibuka keras kedengaran. Kali ini, tiada lagi bunyi pelajar yang berteriak memberontak seperti semalam. Tidak lama kemudian, pintu bilik Youra turut dibuka.
"Beratur ke dewan makan sekarang," arah jururawat lelaki yang membuka pintu. Youra dan Areum tanpa membantah laju sahaja menuju ke luar manakala jururawat itu mengambil langkah ke arah Raeun dan Chaeri yang masih terbaring.
"Bangun! Bangun!"
Tubuh dua gadis itu disepak tanpa belas kasihan oleh jururawat itu. Terhenti terus langkah Youra dan Areum. Rakan sekelas mereka dipandang kasihan.
"Tunggu apa lagi? Pergi beratur!" sergah jururawat itu apabila melihat Youra dan Areum yang membatu di pintu. Terus mereka berdua meneruskan langkah, meninggalkan Raeun dan Chaeri yang entah apa nasib mereka.
"Beratur! Beratur!"
Lantang jururawat-jururawat di situ menjerit. Mengikut sahaja rentak permainan, kesemua pelajar beratur menuju ke dewan makan. Usai di sana, masing-masing beratur mengambil makanan di dalam dulang dan duduk di meja makan mengikut kumpulan. Namun, ada perubahan yang disedari Youra.
Bilangan pelajar yang sudah berkurang. Ada kelibat yang langsung tidak kelihatan di situ. Antaranya ialah Raeun dan Chaeri.
"Makan! Makan semua!"
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mistério / Suspense❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...