Youra mengerutkan dahi. Matanya dipejam. Perlahan-lahan, dia membuka mata hanya untuk melihat kesemua lampu yang dipasang di bangunan di situ sedang menghala ke arah mereka berdua.
"Jungkook? Kenapa ni?" soal Youra cemas. Dia tahu ada sesuatu buruk yang telah terjadi. Jungkook mendiamkan diri sebelum dia bersuara pelan.
"Diorang dah tahu."
"Well well well... Tengoklah, dua ekor lovebirds yang tengah cuba nak larikan diri tu. Romantiknya."
Satu suara kedengaran sinis dari pembesar suara seiring dengan gelak tawa jahatnya. Youra mengetap bibirnya. Penumbuk dikepal.
"Kau fikir kau siapa ha? Nak larikan diri eh? HAHAHAHA! Jangan harap!"
"Kook, palli," ujar Youra. Jungkook masuk ke dalam lubang tersebut. Tidak sempat dia keluar lagi, satu suara kedengaran lantang.
"Tangkap!"
Membulat mata Youra melihat beberapa orang pengawal sedang berlari laju ke arah mereka semua dari seluruh penjuru. Dengan cemas, tangan Jungkook ditariknya kuat.
"Palli!" ujar Youra. Jungkook sudah hampir melepasi pagar itu sepenuhnya apabila seorang pengawal menarik kaki Jungkook dari dalam. Terjatuh terus Youra yang sedang menarik tangan Jungkook.
Jungkook yang tertarik masuk ke dalam terus berpaut pada pagar berdawai itu untuk menahan dirinya. Dia meringis kesakitan apabila dawai yang tajam itu mencucuk tangannya.
"Jungkook!" jerit Youra, membulat matanya melihat tangan Jungkook yang sudah berdarah dek memegang dawai di pagar. Tanpa berlengah terus dia menarik tangan Jungkook sekuat tenaga. Malangnya, pengawal yang tiba semakin ramai lalu mereka semua menarik tubuh Jungkook dengan lebih kuat.
"Andwae!" Youra terus mencapai tangan Jungkook apabila lelaki itu diseret masuk. Habis dengan Youra terheret masuk kembali ke dalam lubang pagar berdawai itu. Sempat Youra mencapai pagar berdawai itu. Sekarang, tangan kiri Youra menggenggam erat pagar dawai manakala tangan kanannya memegang tangan Jungkook.
"Youra, lari!" ujar Jungkook. Sambil itu dia menyasarkan kepala kesemua pengawal. Sekelip mata sahaja mereka semua disepak oleh Jungkook. Jungkook lantas mendapatkan Youra di luar pagar.
"Salah seorang dari kita kena survive. Dan itu awak,"
"Habistu awak?!" soal Youra. Tangan Jungkook dipegangnya erat melalui lubang di pagar itu. Jungkook memejam matanya rapat. Bibirnya digigit.
"Jebal. Areum perlukan awak,"
"Takkan saya nak tinggalkan awak?" soal Youra. Kepalanya digeleng-gelengkan. Mahu sahaja Jungkook menengking Youra agar gadis itu pergi, namun niatnya terhenti sejurus melihat tangisan di pipi Youra.
"Youra," panggil Jungkook. Dia tersenyum kecil.
"Ingat apa yang awak janji tadi? Awak dah janji awak akan lari je. Jadi pergilah. Saya alihkan perhatian diorang eo?"
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...