「 DAY-6 」
Youra melihat sekeliling. Kelihatan kesemua pelajar sedang sibuk bermain dengan bunga-bungaan di taman. Ada yang sudah mengorek tanah, ada yang mula memakan bunga di situ, ada juga yang menggigit batang pokok. Kesemua perlakuan aneh pelajar itu dihiraukan Youra kerana fokusnya hanya pada satu pelajar sahaja.
Jungkook.
Ke mana agaknya lelaki itu pergi?
Youra menggeleng kecil. Matanya digosok dan dibuka luas, sekali lagi pandangannya meliar ke sekitar taman itu. Masih tiada batang hidung Jungkook di situ.
Youra menggigit bibir. Jungkook baik-baik sahaja kan? Bagaimana sekiranya dia ditangkap oleh pihak hospital ini?
Malam tadi, Jungkook ada menyelinap masuk ke bilik Youra dan memberitahu bahawa dia ingin pergi mencari jalan keluar pagi ini. Youra ingin mengikutinya, namun Jungkook menyuruh Youra untuk tinggal bersama pelajar lain.
Jungkook juga ada meminta pertolongannya untuk membuat onar pada pagi itu supaya dia dapat meloloskan diri dengan senang. Mengikut sahaja arahan yang diberikan kepadanya, Youra berjaya membuat kekecohan di awal pagi. Sekali lagi dia mengorbankan seorang pelajar yang tidak bersalah dalam kekecohan itu.
Masa berlalu, dan sekarang telah pun masuk waktu petang. Bayang Jungkook masih tidak kelihatan. Adakah dia masih mencari jalan keluar?
Youra melangkah ke arah Jaehyun yang berada tidak jauh dari situ. Dia kenal Jaehyun sebagai rakan Jungkook. Sambil itu mata Youra memerhati jururawat bertugas. Nampaknya kebanyakan mereka sedang sibuk berbual sesama sendiri. Ada juga yang sudah tersengguk menahan kantuk.
"Jaehyun," panggil Youra, bahu Jaehyun yang sedang mengorek tanah itu dicuitnya. Jaehyun memusingkan kepala memandang Youra. Youra hanya mampu menahan geli melihat lelaki itu mengunyah sesuatu dengan tanah yang melekat di wajahnya.
"Nampak Jungkook tak?" soal Youra. Jaehyun menggeleng kepala. Dia kembali mengorek tanah dan membalikkan badannya, ingin memberi Youra sesuatu.
"Wae?" soal Youra hairan. Jaehyun menarik pelan tangan Youra, lalu meletakkan benda di dalam genggamannya di atas tapak tangan Youra. Perlahan-lahan dia menarik tangannya semula.
"Apa yang- AH!"
Youra terjerit kuat apabila melihat seekor cacing berada elok di atas telapak tangannya. Tangannya dikebas dengan laju. Cuak dia melihat sekeliling, takut-takut kalau jururawat bertugas mendengar jeritannya. Terpinga-pinga Jaehyun melihat Youra yang tampak dalam ketakutan dan kejijikan.
"Geli lah!" ujar Youra sedikit geram. Jaehyun menggeleng kepala. Cacing yang dibaling Youra tadi diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Jaehyun!" Membulat mata Youra melihat. Tidak sempat ingin menghalang, Jaehyun terlebih dahulu mengunyah cacing di dalam mulutnya. Youra hanya melihat dengan ngeri. Belakang badan Jaehyun ditepuknya.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mistério / Suspense❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...