"ARGHHHHHHHH!"
Jungkook pantas menoleh kepalanya ke arah bilik spesimen apabila satu jeritan kedengaran kuat melalui pembesar suara. Kelihatan seorang spesimen sudah terbaring di atas lantai dengan badan yang sudah terliuk-liuk. Menggelepar dia di situ.
"Awak?! Awak okey?"
Seorang spesimen lain yang turut berada di situ lantas menghulurkan tangannya ke hadapan, ingin mencapai seorang lagi spesimen yang tampak sedang meracau.
Jungkook berjalan mendekati kaca yang memisahkan bilik itu dengan biliknya berada sekarang. Spesimen yang seperti kerasukan di atas lantai itu menggelupur hebat sebelum akhirnya kaku tidak menggerakkan diri.
"Awak? Awak?!" Spesimen yang satu lagi lantas cemas apabila rakannya langsung tidak bersuara. Dia cuba meraba-raba sekeliling. Tubuh spesimen yang sudah terbaring kaku itu digerakkan pelan.
"Awak?"
Dia cuba merasa nadi spesimen itu. Apabila merasakan tiada nadi yang ada, dia menggigit bibir. Terduduk dia di situ sambil meraup wajahnya.
"Andwae..." ujarnya pelan. Dia menggeleng kepala. "Ada sesiapa tak di sana? Tolong!"
Soalannya dibalas dengan kesunyian bilik. Spesimen itu tidak mampu menahan lagi, terus dihamburkan tangisannya di situ. Tinggal dia... Hanya dia seorang sahaja spesimen yang tinggal. Sejak dua hari yang lalu, rakannya yang lain kesemuanya sudah mati. Dan dia tahu, dia juga akan menerima nasib yang sama tidak lama lagi.
"Menarik."
Jungkook menoleh ke tepi. Kelihatan Doktor Do sudah berdiri di sebelahnya dan turut menyaksikan situasi yang berlaku. Lelaki berumur itu tersenyum senget melihat spesimen itu menangis di situ. Pandangannya dialihkan pula kepada Youra yang berada di hujung bilik itu. Youra yang hanya mendiamkan diri sepanjang waktu.
"Jellyfish," panggil doktor Do. Jellyfish laju menyahut apabila dipanggil. Doktor Do diam seketika memerhati Youra sebelum bersuara.
"Budak tu ada rancangan apa-apa ke?" soal Doktor Do. Melihatkan Youra yang hanya diam sahaja, bimbang juga jikalau gadis bijak itu sedang merangka muslihat di dalam kepala untuk keluar dari situ. Dia tidak boleh pandang rendah pada gadis itu.
"Doktor nak saya periksa gelombang otak dia ke?" soal Jellyfish memahami. Jikalau Youra tidak merangka sesuatu, pastilah gelombang otak gadis itu rendah kerana dia tidak berfikir apa-apa. Tetapi jika sebaliknya, lebih baik mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Doktor Do laju menganggukkan kepala. Jellyfish pula tangkas membuat kerja, beralih ke bahagian hujung bilik itu di mana ditempatkan alat untuk memeriksa gelombang otak. Lama dia membuat kerja di situ, sebelum akhirnya dia kembali ke arah doktor Do.
"Macam tak je, doktor. Gelombang otak dia rendah sangat. Mungkin dia tengah tidur," ujar Jellyfish dengan spekulasinya. Doktor Do mengangguk faham. Dia memeluk tubuh sambil memerhati seorang spesimen yang tinggal dan Youra bersilih ganti.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...