Youra menggeleng kepalanya. Pandangannya terasa berpinar dan kabur. Sudah beberapa jam dia berjalan di situ, cuba mencari jalan keluar dari hutan yang tebal itu. Keadaan sudah mulai cerah sedikit apabila matahari mula terbit dari timur.
"Ani ani," Youra menepuk pipinya pelan. Matanya jelas semakin kuyu. Jalannya juga sudah menjadi tidak stabil. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia berasa sangat mengantuk pada ketika itu, sehinggalah dia gagal untuk melihat sebuah batu di situ dan kakinya tersadung batu tersebut.
"Ah!" Youra mengaduh kecil. Dia tidak langsung bangkit dari posisi tiarap itu. Perlahan-lahan, matanya mula tertutup rapat.
Ketika itu juga, kedengaran satu bunyi yang semakin mendekat ke arahnya. Youra memaksa matanya untuk kembali terbuka.
"Ah Youra. Jangan tidur! Bangun!" Youra cuba memberi kata semangat pada dirinya. Bersusah payah dia cuba untuk kembali berdiri. Dia menajamkan pendengarannya dan meneliti bunyi yang semakin kuat itu.
"Tu... Bunyi kereta kan?" soal Youra pelan. Tanpa berlengah, kakinya berjalan menuju ke arah bunyi itu datang. Terhinjut-hinjut kakinya berjalan dengan laju. Sakit, memang sakit, tetapi Youra perlu cepat sebelum kereta itu berlalu melepasi tempat itu.
"Tolong!" jerit Youra kuat. Dia mengaduh kecil apabila sakit di kaki kirinya mencucuk-cucuk. Dengan terpaksa, dia berdiri di atas kaki kanannya dan mula melompat-lompat.
"Tolong! Ada orang tak? Tolong!"
Kuat Youra menjerit. Saat itu, dia terpijak sesuatu yang menyebabkan lompatannya menjadi tidak stabil. Terjelopok gadis itu jatuh sekali lagi menghempap bumi. Bunyi enjin kereta yang didengarinya juga beransur pergi.
"Ani ani ani, tunggu! Ada orang kat sini! Tolong!" jerit Youra kuat. Dia cuba untuk bangun namun kembali terjatuh apabila lengannya gagal menyokong berat badannya. Youra menggigit bibirnya. Terasa ingin putus asa sahaja.
"Weh, aku dengar sesuatu!"
Tidak jauh dari situ, kedengaran suara seorang lelaki. Membulat mata Youra mendengar. Spontan kepalanya menoleh ke belakang. Kelihatan jelas konco-konco doktor Do sudah berada tidak jauh dari situ.
Youra mengetap gigi. Lantas dia bangun dengan segala kudrat yang ada. Tanpa menoleh lagi, laju dia terhincut-hincut berlari dari situ. Beberapa kali juga dia meringis kesakitan apabila terasa pedih di kaki kirinya. Namun tetap dipaksa juga agar kakinya itu berlari menuju ke arah kereta yang didengarinya tadi.
Mendengarkan bunyi ranting dan daun kering yang dipijak oleh Youra, konco-konco doktor Do lantas melihat sekeliling. Kelibat Youra kelihatan sedang melarikan diri tidak jauh dari situ menyapa pandangan mereka di pagi yang mulai cerah itu.
"Kat situ!"
Youra menggigit bibirnya apabila mendengar orang suruhan doktor Do berlari mengejarnya. Lariannya masih tidak diberhentikan.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Misterio / Suspenso❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...