Jungkook berdehem kecil. Plastik berisi minuman di tangannya dipandang. Topi serta topeng hidung dan mulut dibetulkan.
Hasil berlatih taekwondo dari kecil, dia telah berjaya menumpaskan seorang jururawat lelaki dan mencuri pakaiannya. Kini, penampilan Jungkook tidak ubah seperti salah seorang jururawat yang bekerja di situ.
Jam di tangannya ditilik. Dia mengambil nafas seketika sebelum mengetuk pintu bilik pemerhatian.
Tok tok tok
Jururawat-jururawat di dalam bilik itu saling berpandangan buat seketika. Tertanya seketika gerangan manakah yang mengetuk pintu dengan sopan sebelum masuk. Jikalau pekerja mereka, tidak akan ada istilah mengetuk pintu sebelum masuk. Dirempuh begitu sahaja.
Seorang jururawat perempuan, Cat memberanikan diri untuk membuka pintu. Usai pintu dibuka, wajah Jungkook yang ditutupi topeng hidung dan mulut menyapa pandangannya. Terpesona seketika Cat melihat wajah kacak itu. Jikalau pakai mask sudah kacak, apatah lagi jika dicabut mask itu?
"Nuguseyo?" soal Cat, mata bundarnya memandang Jungkook atas bawah. Dalam diam dia mula meminati jururawat lelaki ini.
Jungkook tersenyum di balik topeng mukanya, menyerlahkan senyuman matanya. Badannya ditunduk sedikit.
"Anneyonghaseyo. Saya pekerja baru di sini. Ni bilik pemerhatian kan?" soal Jungkook dengan dialek Busannya. Cat terangguk seketika. Pintu bilik dibukanya luas.
"Eung. Masuklah."
Masuk sahaja Jungkook ke dalam bilik itu, terus dia menerima tatapan kesemua jururawat di situ. Jururawat lelaki berkerut dahi hairan melihatnya manakala jururawat perempuan pula kebanyakannya sudah 'fangirl'.
"Anneyonghaseyo, nama saya Bunny. Saya pekerja baru di sini. Sila beri tunjuk ajar, kamsahabnida," Jungkook menundukkan badannya. Senyuman manis ditayang di balik topeng muka.
"Selamat datang, Bunny. Ada apa dalam plastik tu?" soal seorang jururawat sambil melirik ke arah sebuah plastik di tangan Jungkook. Jungkook tanpa berlengah laju meletakkan plastik itu di atas meja.
"Disebabkan ni hari pertama saya, saya ada bawa minuman sikit untuk korang semua. Jemputlah ambil, maaflah tak seberapa," ujar Jungkook merendah diri. Air kopi di dalam botol itu diambil lalu dihulur pada jururawat lain.
"Terima kasih Bunny. Susah-susah je," ujar seorang jururawat. Jungkook menayang senyuman matanya. "Tempat Bunny kat hujung tu tau. Duduklah situ buat sementara, takde pula doktor beritahu kami yang harini ada pekerja masuk," terang seorang lagi jururawat. Jungkook mengangguk faham lalu menuju ke tempat yang ditunjuk.
Dia diam sahaja di situ, memerhati gelagat jururawat lain yang sudah mengambil air kopi masing-masing. Anak matanya memerhatikan sesiapa yang masih belum minum. Nampaknya, kesemua jururawat sudah pun minum kopi yang diberi, baik seteguk mahupun sehingga separuh.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Misterio / Suspenso❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...