❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜
Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tidur! Tidur!"
Monkey berjalan di sekitar koridor. Diintainya satu persatu bilik yang menempatkan para pelajar lalu diterjahnya mereka yang masih tidak tidur.
"Hoi! Tidur! Tidur!"
Monkey meneruskan perjalanan. Sehinggalah telinganya tertangkap satu bunyi yang aneh. Terhenti terus langkah kakinya. Dia melihat sekeliling.
"EOMMA!" Melatah terus Monkey apabila terlihat satu lembaga menyeramkan di sebelah kakinya, sedang menggores dinding. Monkey mengurut dada sebelum menegur lembaga berbaju ungu itu.
"Yah haksaeng! Kamchagiya! Kenapa kau ada kat sini? Masuk bilik sekarang!" arah Monkey. Lembaga berbaju ungu atau Youra hanya diam menggores dinding itu.
"Oi, pekak ke! Yaish, masuk bilik sekarang! Ni, dapat dari mana?" Monkey menarik Youra lalu merampas pensel yang digunakan Youra untuk menggores dinding. Youra terus mengganas di situ apabila barangnya dirampas.
"Barang aku! Pergi! Pergilah, gila! Hahahaha..." Youra mula tergelak besar. Monkey menatap Youra jijik. Tangan Youra ditariknya.
"Masuk bilik kau lah! Ada hati nak buat filem seram pula kat sini!" ujar Monkey keras, pintu bilik Youra yang terkunci dari luar dibuka lalu badan Youra ditolak masuk. Engsel ditolak semula bagi mengunci pintu. Youra terus melihat ke arah Monkey melalui lubang yang berada di pintu.
"Jangan kurung aku. Lepaskan aku sekarang! Aku nak makan! Nak makan!"
"Nak makan tunggu esoklah! Dasar gila. Urgh, boleh gila aku layan orang gila macam ni hari-hari," Monkey mengurut pelipisnya sambil berjalan pergi dari situ. Bilik-bilik yang lain diperhati sambil menegur sesiapa yang dilihatnya masih berbual.
Youra pula kekal melihat ke luar melalui lubang itu. Lama. Sampailah satu masa, keadaan sekeliling tiba-tiba sahaja menjadi gelap. Sudah boleh menyesuaikan diri sedikit, Youra tahu bahawa jururawat bertugas sudah selesai bertugas dan lampu sudah ditutup.
"Youra, sekarang ke?" soal Areum perlahan. Youra menggeleng kecil, cuba berjalan menuju ke arah Areum tanpa melanggar apa-apa.
"Ani. Kejap lagi ada jururawat ronda lagi. Kita pura-pura tidur dulu eh?" ajak Youra. Areum mengangguk faham. "Tapi, kalau aku tertidur, kejutkan tau," pinta Areum lalu tersengih kecil. Youra membulatkan matanya.
"Eh, habistu kalau aku yang tertidur?"
"Alaa kau tak payah lah tidur,"
"Weh, tidur."
Youra laju menarik kepala Areum agar terbaring di atas lantai. Mereka berdua diam tidak berkutik dengan posisi mengiring, mata ditutup, persis orang yang sedang tidur. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki berlegar-legar di koridor.
Lama kelamaan, bunyi itu semakin mendekat. Sampai di bilik mereka, bunyi itu kemudiannya kian menjauh. Youra menghela nafas lega.