"Hmm hmm hmm~"
Doktor Do bersiul kecil sambil mengatur langkah ke sebuah bilik. Di situ juga terdapat bilik-bilik yang lain. Keadaan di situ sememangnya bising dan riuh dengan pelajar gila yang berada di dalam bilik masing-masing. Usai tiba di bilik hujung sekali, Doktor Do mengeluarkan kunci bilik dari poket kotnya dan masuk ke dalam bilik tersebut.
"Hi there, anak angkat."
Di hujung bilik itu, kelihatan Jungkook duduk bersandar di situ. Tidak terfikir langsung untuk memandang wajah doktor itu, Jungkook kekal menutup matanya sambil bersandar di dinding.
"Takut duduk dalam bilik gelap sorang-sorang?" soal Doktor Do lalu menapak mendekati Jungkook. Jungkook membuka mata lalu dijeling doktor itu.
"I'm not a kid..."
Jungkook menayang wajah jijik.
"...Superdo."
Tergelak Doktor Do mendengar nama itu. Superdo. Itulah panggilan yang Jungkook cipta kepadanya semasa dia kecil. Katanya, Doktor Do ibarat Superman kepada dirinya.
"Heol, macam tak sangka aku dengar perkataan tu keluar dari mulut kau lagi."
"Tch," Jungkook mendecit kecil. Doktor Do bercangkung di sebelah Jungkook, memandangnya. Jungkook pula langsung tidak memandang doktor itu.
"Rindu betul aku dengan kau, Kook."
"Aku tak rindu kau langsung," laju Jungkook memintas. Doktor Do tampak tidak berasa marah dengan respons itu. Boleh pula dia memegang dagu Jungkook, ingin menilik wajah lelaki itu. Sepantas kilat tangannya ditepis Jungkook.
"Besar dah kau."
"Kalau aku mengecil kau terkejut pula."
"Handsome muka kau. Macam ayah kau."
"Muka kau pula tak handsome. Macam sampah."
"Kalau Junghyun ada mesti dia akan rasa tercabar dengan kau."
Jungkook diam tidak membalas. Doktor Do mengusap kepala Jungkook, lalu sekali lagi tangannya ditepis.
"Yelah... Kau ni handsome, lepastu bijak pula, pandai taekwondo, gentleman pun boleh tahan, badan—"
"Kenapa kau datang sini?" pintas Jungkook. Doktor Do tersenyum senget.
"Kalau kau cuba keluarkan Youra dari sini, aku akan bunuh ayah kau."
Jungkook memandang wajah Doktor Do. Mereka berdua kekal bertatapan buat beberapa ketika sebelum Jungkook tersenyum sinis.
"Cubalah,"
Berkerut seketika dahi Doktor Do. "Jadi kau lebih pilih perempuan tu daripada ayah kau sendiri?"
Jungkook sekadar mengangkat bahunya. Biarlah doktor itu fikir apa yang dia mahu. Doktor Do tergelak besar menerima respons Jungkook.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...