↳˳⸙;; ❝ einsundzwanzig ᵕ̈ ೫˚∗:

4 2 0
                                    

Youra mengubah posisinya kepada duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Youra mengubah posisinya kepada duduk. Dia menarik nafas dalam. Berkerut seketika dahinya apabila merasakan sesuatu yang aneh.

"Eo?" soal Youra pelan. Dia cuba menggerakkan kedua tangan dan kakinya.

Entah kenapa, dia rasa seperti bersemangat sahaja saat ini. Dia berasa bertenaga walaupun dia telah menghabiskan hari semalam dengan hanya menangis disebabkan rindu akan keluarganya.

Dan sekarang juga, dia rasa seperti dia sangat sihat. Perasaan yang tidak pernah dia rasai sepanjang dia hidup. Terasa seperti dia boleh melakukan apa-apa sahaja.

Youra menggigit bibirnya. Tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ingin mencuba sesuatu, dia mengubah posisinya kepada posisi untuk tekan tubi. Lalu dia mula menekan tubi di situ.

Setelah melakukan beberapa tekan tubi, Youra langsung berhenti. Pelik, pelik sungguh. Baru tadi, dia telah berjaya menekan tubi sebanyak 80 kali dalam masa yang sekejap. Sedangkan sebelum ini, dia hanya boleh mendapat maksimum 30 sahaja. Areum yang mendapat markah paling tinggi di dalam kelas pun hanya boleh melakukan tekan tubi sebanyak 64 kali.

Youra diam seketika. Berasa sangsi. Adakah ini memang semulajadi ataupun ini adalah angkara Doktor Do?

Youra berdiri dari duduknya. Dengan bantuan dinding, dia mula bergerak menuju ke kaca di bilik itu. Setelah tiba, tanpa berlengah lagi dia terus menumbuk kaca itu kuat. Beberapa kali.

Masih berasa tidak puas hati, Youra berjalan menuju ke arah pintu bilik itu pula. Ditendangnya kuat pintu bilik itu. Habis pintu itu menjadi bahan sepakan, tendangan, pukulan dan tumbukan Youra.

"Kau memang tak boleh duduk diam ke?"

Satu suara kedengaran dari pembesar suara di dalam bilik spesimen itu. Youra terdiam seketika mencari arah suara. Dia cuba mengatur langkah menuju ke kaca semula dan menyepaknya sekuat hati. Soalan Doktor Do tadi tidak dijawab.

Satu benda dapat dia simpulkan.

Dia tidak dapat merasa apa-apa pun. Apa sahaja yang dia buat, menyepak, menendang, memukul, menumbuk, kesemuanya langsung tidak memberi kesan kepada dirinya.

Dengan erti kata lain, dia langsung tidak merasa sakit.

"Apa yang kau letak dalam badan aku?" Youra bersuara mendatar. Tahu bahawa doktor itu mendengar soalannya. Tepat sangkaannya apabila bunyi tawa doktor itu mula kedengaran di pembesar suara.

"Well, nothing. Just formula ciptaan aku je. Oh and don't worry. Kalau ikut plan aku, semuanya akan baik dan kau takkan mati."

Youra mendiamkan diri. Badannya juga kaku tidak bergerak. Dia diam sahaja dengan kepala yang ligat memikirkan apa yang doktor itu masukkan ke dalam formula ciptaannya. Dia tahu jikalau dia tanya, memang tidak doktor itu akan memberitahu.

Examination  [ ✔ ]Where stories live. Discover now