↳˳⸙;; ❝ neon ᵕ̈ ೫˚∗:

8 2 0
                                    

Sebuah bangunan lama tersergam di hadapan mata Youra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah bangunan lama tersergam di hadapan mata Youra. Jelas kelihatan bangunan hospital itu lama dan terbiar. Youra melihat sekeliling, lalu terus mengekori jururawat yang sedang mengusung Dokyeom masuk ke dalam bangunan tersebut.

Jururawat lelaki itu masuk ke dalam sebuah lif. Youra sekadar mengintai dari balik dinding. Keberadaan mereka dilihat melalui nombor yang terpapar di atas lif tersebut. Perlahan-lahan, nombor 1 di situ bertukar kepada 2, 3 dan seterusnya berhenti di nombor 5.

Youra melangkah menuju ke arah lif, namun dia terus terhenti apabila melihatkan beberapa orang jururawat sedang berjalan masuk ke dalam bangunan itu. Mereka semua menunggu lif itu untuk turun. Youra menggigit bibir. Melihatkan sebuah tangga tidak jauh dari situ, lantas dia berlari anak ke situ.

Tingkat 1.

Tingkat 2.

Tingkat 3.

Tingkat 4.

Tingkat 5.

Youra mengelap peluh di dahi. Perlahan-lahan, pintu ke tingkat 5 ditolaknya. Melihatkan keadaan sekeliling yang kosong dan sunyi, Youra keluar dari pintu tangga kecemasan itu. Dia mengatur langkah dengan perlahan sambil mata memerhati sekeliling. Apabila matanya tertangkap kelibat papan tanda di atas, lantas dia mendekati papan tanda tersebut.

"ICU... Surgery room..." Papan tanda yang menunjukkan arah itu dibacanya. Membulat matanya membaca papan tanda yang menunjuk ke arah kanan dari situ. "Black room," Youra laju mengambil langkah ke situ.

Tidak lama masa yang diperlukan. Selepas mengikut arah papan tanda yang ditunjuk, Youra kini berada di hujung koridor. Kelihatan sebuah bilik di hujung koridor itu. Hitam sahaja pintunya. Youra perlahan-lahan melangkah menuju ke bilik tersebut. Diintainya pada tingkap yang berada di sebelah pintu, namun tiada apa yang dapat dilihatnya selain kegelapan.

"Aish," Youra merungut kecil apabila tingkap bilik tersebut merupakan tingkap tinted. Lantas dia bergerak ke tepi, takut sekiranya orang di dalam boleh melihat dirinya.

Youra melekapkan telinganya pada pintu bilik itu, ingin mencuri dengar sebanyak yang boleh.

"Huh! Pelajar gila ni buat aku stres betul!"

Berkerut dahi Youra mendengar suara itu. Doktor Do?

"Sabar doktor. Dah nama pun gila. Kenapa doktor suntik hasil ciptaan doktor pada diorang kalau doktor tahu diorang akan jadi gila?"

Satu suara lagi kedengaran, barangkali suara jururawat yang membawa Dokyeom ke situ. Youra mengeluh kecil mendengar balasan itu. Entah kenapa, dia dapat agak yang doktor Do sedang berapi sekarang.

Tapi...

Hasil ciptaan doktor? Maksudnya, apa sahaja yang disuntik ke badan mereka adalah ciptaan doktor Do?

"Joesonghabnida."

"Kau pun buat aku stres sekarang ni. Sudah! Aku nak minum kopi!"

"Biar saya temankan doktor keluar."

Examination  [ ✔ ]Where stories live. Discover now