Hari ini. Hari terakhir dia perlu bertahan di sini menurut Jungkook.
Youra menggigit bibir. Kepalanya terasa sungguh sakit sedari tadi lagi. Fikirnya ia akan mereda tetapi tampaknya ia semakin memburuk.
Perlahan-lahan, dia mengesot ke hujung bilik. Dia hanya diam statik di situ. Sakit itu ditahan sebolehnya.
Dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang mengalami sakit kepala yang mencucuk. Dia tahu, dia sedang diperhati ramai sekarang. Perasaannya mengatakan begitu. Youra takut sekiranya mereka akan mengapa-apakannya setelah tahu akan sakitnya ini.
"Heol!" seorang jururawat yang bernama Dolphin menjerit kuat. Terketar-ketar jarinya menunjuk ke arah alat mengukur gelombang otak Youra. Jururawat lain yang berada di situ pun pantas mengalihkan perhatian mereka ke arah Dolphin.
"Tengok gelombang otak dia!" ujar Dolphin dengan suara dolphin semula jadinya. Cockroach di sebelah mendekatkan diri dengan alat tersebut lalu diperhatinya gelombang otak Youra. Membulat mata sejurus melihat angka yang tentera melebihi kadar gelombang otak manusia biasa!
"Panggil doktor cepat!" cuak Cockroach bersuara. Beberapa orang jururawat yang mendengar laju berlari untuk memberitahu perkara ini kepada Doktor Do. Setakat ini, itulah bacaan tertinggi gelombang otak Youra.
Jururawat yang tersisa memerhati Youra dari luar. Gadis itu kelihatan terduduk statik sahaja di hujung bilik. Pasti ada sesuatu yang tidak kena...
Tidak lama kemudian, muncul doktor Do dengan tergesa-gesa di situ. Doktor Do melihat ke arah alat pengukur gelombang otak Youra seketika lalu melihat ke arah Youra. Mikrofon yang menghubungkan dirinya dengan spesimen di dalam bilik itu dicapai.
"Kim Youra. Kau dengar aku?" soal Doktor Do. Youra di dalam bilik spesimen mula mengetap bibir apabila seluruh tubuhnya berasa panas secara tiba-tiba. Tanganya menggenggam erat baju miliknya.
"Dengar ni. Aku nak kau bagitahu aku apa yang kau rasa," arah Doktor Do. Youra kekal mendiamkan diri. Dia dengar dengan jelas setiap butir perkataan doktor itu. Jangan haraplah dia akan cakap apa-apa. Pasti semua yang dirasainya ini ada kaitan dengan formula ciptaan lelaki itu yang dimasukkan ke dalam tubuhnya.
Doktor Do merengus kecil menahan geram apabila gadis itu tidak menjawab. Sudah pastilah begitu, seharusnya dia dapat agak apa yang gadis itu akan lakukan sekiranya dia menyuruhnya sebegitu. Macamlah gadis itu mahu mengikut cakapnya.
Doktor Do diam seketika memerhatikan gadis yang menahan sakit itu. Dilihatnya Youra meremas bajunya. Dia tahu gadis itu sedang berada dalam kesakitan.
Tetapi jika benarlah, ini bermakna...
Doktor Do melihat sekeliling. Dolphin digamitnya.
"Pergi panggil dua orang kat luar tu."
"Baik doktor," patuh Dolphin lalu memusingkan badannya untuk pergi. Namun, sempat Doktor Do menahannya sekali lagi.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Mystery / Thriller❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...