"Yang kau pergi inject ubat bius tu dah kenapa?!"
"Maaf, doktor."
"Kau bodoh! Babi! Kalau benda tu bercampur dengan formula ciptaan aku macam mana? Kau tak fikir ke kenapa aku tak bagi dia makan atau minum sepanjang dia jadi spesimen aku?!"
"Maaf-"
PAK!
Sayup-sayup kedengaran suara perbalahan di antara Doktor Do dengan seorang lelaki. Youra membuka matanya perlahan. Cahaya remang-remang menyapa pandangannya.
Youra mengerutkan dahi. Dia melihat sekeliling. Nampaknya dia sedang berada di dalam sebuah bilik. Tidak jauh dari situ kelihatan Doktor Do yang memeluk tubuh dan seorang jururawat lelaki yang sedang menundukkan kepalanya.
Youra menoleh lemah ke sebelahnya. Walaupun pandangannya kabur, dapat dia kenal pasti gerangan yang bersandar lemah di dinding bersebelahannya.
Jungkook.
"Jungkook," Youra menggerakkan bahu Jungkook perlahan. Dia menarik nafas dalam. Terasa kesemua tenaganya sudah terbang pergi.
"Jungkook," tidak mengalah, sekali lagi badan Jungkook digerakkan. Namun hasilnya tetap sama. Pasti Jungkook juga telah disuntik ubat bius.
"Dah bangun, sayang?"
Lemah sahaja Youra menoleh ke arah empunya yang bersuara. Doktor Do menayang satu senyuman.
"Macam mana rasanya setelah rancangan kau gagal buat kali kedua?" Soal Doktor Do sinis. Youra sekadar memandang doktor itu sekilas lalu kembali mengejutkan Jungkook, memalaukan lelaki itu.
"Kook-ah,"
"Heol," Doktor Do tergelak kecil. "Kau ni lawak juga sebagai seorang perempuan."
"Jungkook," Youra kekal menghiraukan Doktor Do, bahu Jungkook digoncangnya namun lelaki itu kekal berdiam diri. Youra meletakkan jarinya di bawah hidung Jungkook. Masih bernafas, tetapi kadar pernafasannya sangat rendah.
"By the way, kau dah boleh tengok sekarang? Macam mana rasanya setelah beberapa hari kau jadi buta sekejap?" Soal Doktor Do. Youra memandang doktor Do. Kosong sahaja tatapannya.
"You know what, biar aku check mata kau," ujar Doktor Do lalu mengambil langkah menuju ke arah Youra. Youra spontan mengesot dengan lebih dekat ke arah Jungkook. Sekejap sahaja, Doktor Do sudah berada di hadapan Youra. Dagu Youra ditariknya kasar.
Youra pula laju menepis tangan Doktor Do. Pandangannya dialihkan dari memandang doktor itu. Tergelak kecil Doktor Do melihat reaksi Youra.
"Kau takut? Jangan risau, aku takkan cederakan kau. Aku cuma nak tengok mata kau," ujar doktor Do, dagu Youra sekali lagi ditariknya. Youra juga berbuat perkara yang sama, menepis kuat tangan lelaki tua itu.
YOU ARE READING
Examination [ ✔ ]
Misterio / Suspenso❛❛ Untuk memastikan pelancongan kita ke Pulau Jeju berjalan lancar, semua pelajar perlu menjalani sebuah pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, semua pelajar wajib menerima suntikan antibodi. ❜❜ Apabila sekumpulan pelajar mendapati mereka terperangkap...