PROLOG

92 12 0
                                    

PANDANGAN mata Ammar terasa pedih setelah berbalam-balam cahaya menerobos masuk. Ditambah pula dengan kepala Ammar yang berdenyut laju seolah-olah terkejut dengan dirinya yang mampu hidup untuk sekali lagi. Sendi tak usah dikatalah, terasa mencucuk sampai ke tulang.

Telinganya juga jelas mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dibaca berkali-kali oleh beberapa individu didalam wad tersebut.

Kemudian, dalam kepayahan, Ammar bangkit juga daripada baringnya. Dia dapat melihat kaki yang sudah berbalut bersama simen dan sudah tentu kaki itu mengalami kecederaan serius. Kemudian, kepala Ammar juga sudah sedia berbalut dengan cecair iodin yang jelas pada pembalut itu.

"Ammar! Kamu jangan bangun lagi. Ibu pergi panggilkan doktor dan jururawat. Tunggu kejap." Kata Puan Suhaila yang tadinya sedang gigih membaca surah. Kelam-kabut dia keluar untuk mencari pasukan penyelamat.

"Abang! Abang okey ke ni? Jangan paksa diri tu. Badan abang pun bukannya elok lagi." Pesan Amzar iaitu adik bongsu Ammar.

Kemudian, datang pula seorang lagi budak lelaki iaitu Akmal menghampiri dia dengan muka resah. "Abang, lama kut kami semua tunggu abang bangun. Ibu dah macam hilang arah dan menangis sepanjang masa."

Ammar tidak mampu membalas soalan bertubi-tubi yang diajukan oleh adik-adiknya. Lidahnya terkelu kerana masih belum mampu untuk proses keadaan yang sedang berlaku.

"Err, kita dalam tahun apa ya?" Soal Ammar secara tiba-tiba.

Amzar dan Akmal terkedu seraya merenung wajah masing-masing silih berganti. Risau juga melihatkan keadaan abang sulung mereka yang serupa mayat hidup ini.

"Tahun berapa lagi, 2020-lah." Balas Akmal, keliru.

"Abang kau okey tak ni? Risau pula Am tengok abang ni." Luah Amzar sekali lagi.

Tahun 2020? Dalam perlahan, Ammar mengeluh berat. Mengapa dia tak ingat apa yang terjadi pada dia? Tapi, airmata yang kering memberikan dia seribu tanda tanya. Aku menangis ke? Kenapa? Apa yang dah jadi?

Entah apa yang patut dia rasa sekarang.

Dia keliru.

▪︎▪︎▪︎

Parallel ✔Where stories live. Discover now