BAB 60

23 8 1
                                    

"CIKGU, ini semua hasil bukti yang kami dah dapatkan untuk kes Dian. Saya bersumpah, tiada satu penipuan pun. Malah, saya dapatkan juga maklumat tambahan tentang orang-orang yang terlibat dengan Sufi." jelas Ammar. Dia meletakkan kepingan gambar, pendrive, perakam suara dan bermacam lagi.

Cikgu Haslina dan Cikgu Sufian yang melihat sememangnya terkejut. Selain Sufi, ada ramai lagi yang terlibat? Allahuakbar. Pening kepala.

"Kalau cikgu nak tahu penglibatan Sufi dalam kes ni secara langsung, cikgu bolehlah periksa kuku dia. Selain menggunakan pen untuk calarkan kereta cikgu. Dia juga mengikis warna pada pintu kereta cikgu untuk samakan ukiran Farhan pada pintu itu.

Sepatutnya kuku Sufi rosak. Tapi, Farhan beritahu saya yang Sufi dah potong kuku dia. Seperti yang cikgu-cikgu tahu, Sufi dan kuku dia memang tak boleh berpisah. Atas alasan apa dia nak potong kuku dia kan? Melainkan, untuk buang bukti." jelas Ammar.

Cikgu Sufian menganggukan kepala sebagai tanda yang dia setuju dan memahami semua penerangan Ammar.

"Saya boleh buktikan yang Sufi terlibat juga melalui pen yang dia guna. Mata pen dia rosak sebab terlalu memaksa diri untuk merosakkan pintu kereta Cikgu Rizal. Calar yang dibuat oleh Farhan, meninggalkan calar yang besar tapi tak dalam. Manakala calar yang dibuat Sufi, meninggalkan calar yang kecil tapi dalam." tambah Ammar lagi.

Farhan dan Alya yang berada disisi hanya tunduk. Pertama, kerana mereka berdua seram melihat renungan Sufi yang berada disisi mereka. Kedua adalah kerana, semua kesalahan itu telah dibongkarkan pada cikgu.

Geram juga bila memikirkan bagaimana Ammar tidak menunaikan janjinya untuk tidak memberitahu cikgu. Tapi itulah dah buat hal, pandai-pandailah tanggung.

"Saya minta diri dulu." ujar Ammar sebelum meninggalkan pejabat.

▪︎▪︎▪︎

Ammar memegang payung dalam tangannya dengan erat. Menurut ibu, malam ini mungkin hujan lebat. Kenalah sediakan payung sebelum hujan.

Kawasan taman permainan berhampiran rumahnya kelihatan begitu sunyi. Sejujurnya, dia takut bila dia terpaksa menunggu Pakcik Misteri disitu. Kata Pakcik Misteri, dia ingin memberitahu sesuatu. Saspens terus jadinya.

Ammar pun tidak sabar hendak bertemu dengan Pakcik Misteri untuk mengucapkan terima kasih sebab tolong dia dengan memberitahu perkara sebenar yang terjadi dengan kes calar pada kereta cikgu. Dia pun keliru, bagaimana Pakcik Misteri boleh tahu semuanya kronologi dengan lengkap tanpa terlepas walau satu pun bahagian cerita.

Kerana gembira, dia abaikan sahaja persoalannya yang satu itu.

Dari jauh, dia dapat melihat Pakcik Misteri sedang berjalan kearahnya tanpa membawa payung. Bukan main lenggang kangkung lagi Pakcik Misteri berjalan kearah Ammar.

"Awal kamu datang, Mar?" sapa Pakcik Misteri.

"Saya kena keluar awal sebab ibu cakap, nanti hujan lebat. Itu yang saya bawa payung siap-siap." kata Ammar, gembira.

Pakcik Misteri hanya tersenyum tawar sebelum tunduk merenung lantai taman.

Ammar hairan. Tiada lagi senyuman. Tiada lagi gurau senda yang sering Pakcik Misteri katakan padanya. Mereka selalu bergaduh mulut dan itu yang membuatkan suasana antara mereka tidak terasa kekok.

Namun begitu, reaksi Pakcik Misteri malam ini benar-benar berbeza. Wajahnya serius. Jelas kerisauan terpancar dari wajahnya.

"Pakcik, saya nak ucapkan terima kasih sebab bagitahu saya tentang kronologi kes Sufi dan Dian tu. Walaupun saya tak tahu macam mana pakcik tahu, saya tetap nak ucapkan terima kasih. Leganya hati bila tengok Dian boleh tersenyum semula." ucap Ammar.

Parallel ✔Where stories live. Discover now