BAB 42

16 7 1
                                    

BUKU-BUKU laporan kelas diambil dari rak buku dan dibawa ke barisan kelas. Setiap pagi memang itu adalah tugas abadi Ammar. Sepatutnya dia sibuk menjaga barisan kelas didataran perhimpunan, kerana misi merekalah dia buat kerja yang bukan skop kerjanya.

Dengan tenang, Ammar menilik jam tangannya. Sudah tepat jam 7 pagi, namun perhimpunan masih belum dimulakan.

Seperti yang dia ingat, Dalilah akan lalu dijalan ini untuk mencari Dian sebelum bertemu dengan dia.

'Satu, dua... tiga!' bisik Ammar.

Buku-buku tadi diambil dan dengan tenang, dia berjalan keluar. Seperti yang dia jangka, Dalilah memang sedang galau mencari kelibat Dian sekali lagi.

"Ammar!" panggilnya.

"Ya, saya? Ada apa kau panggil aku ni?" soal Ammar. Seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Ya, itulah Ammar.

"Kau ada nampak Dian? Dia suka sangat cari masalah dengan aku! Geram betullah." rungut Dalilah. Jelas keserabutan pada wajahnya.

"Dian tak datang lagi ke?" soal Ammar.

Walhal ketika ini, Dian sedang duduk dengan Cikgu Hamidah dibilik guru untuk 'menguruskan' kertas-kertas latihan Sejarah.

"Tak! Padahal, dia dah tahu yang aku perlukan dia setiap hari Isnin. Tetap juga nak buat aku sakit hati! Tunggulah dia." getus Dalilah. Berkali-kali dia mengetap bibir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau macam tu, kau sajelah yang jadi emcee untuk hari ni. Tak salah pun." ujar Ammar, selamba. Dia agak rimas dengan kelakuan Dalilah yang dirasakan agak manja.

Dalilah berpeluk tubuh sambil mata tajam mencerlung memandang Ammar.

"Bukan main lagi kau bela-bela si Dian tu. Kau dengan dia ada apa-apa ke?" soal Dalilah.

"Ini bukan masalah aku ada apa-apa dengan dia atau tidak. Ini masalah kau, Dalilah. Kau kata, kau nak jadi ketua pengawas. Kau pun dah diiktiraf sebagai pemangku ketua pengawas untuk sesi tahun hadapan. Apa salahnya kalau kau laksanakan tugas kau selaras dengan jawatan yang telah diberikan?" Ammar membebel panjang lebar.

"Kau pun sama saje dengan Dian. Dahlah tak dapat jawatan apa-apa, bising macam diri tu hebat sangat. Kalau kau tak faham skop kerja aku, jangan menyibuk hidup aku." getus Dalilah seraya menolak bahu Ammar dengan angkuh.

"Aku faham skop kerja kau. Walaupun kau adalah bakal ketua pengawas, kerja kau sama saje dengan orang lain. Bukan jadi pemerhati dan bos besar. Kalau macam inilah gayanya, habis porak-perandalah badan pengawas." kutuk Ammar.

"Kau ingat aku kisah pasal badan pengawas? As long as aku dapat jawatan ni pun, dah cukup buat aku puas hati. Pasal kerja memang tugas para balaci." Dalilah yang berpeluk tubuh, terus bercakap dengan sombongnya.

"Aku tak nak tahulah sama ada kau kisah atau tidak. Yang pasti, kau kena kisahkan Cikgu Haslina yang dah bising tu." Ammar menunjukkan arah Cikgu Haslina yang sedang membebel pada pengawas bertugas dikawasan belakang pentas.

Dalilah menoleh dan dengan mulut yang sibuk mencebik, dia meninggalkan Ammar sendirian.

Seperti yang telah mereka rancang, Ammar mengekori langkah Dalilah untuk melihat keadaan disana.

"Apa dah jadi ni? Sejak bila pula sekolah kita ada hantu yang rajin mencuri skrip perhimpunan?" marah Cikgu Haslina. Dia sudah bercekak pinggang sambil mata tajam memandang semua anak murid pimpinannya.

"Maafkan saya, cikgu. Sekarang juga, saya cari skrip tu." kata Dalilah.

Ketika dia berura-ura ingin pergi, seorang senior tingkatan lima datang bersama fail dalam tangan.

Parallel ✔Where stories live. Discover now