BAB 63

17 8 2
                                    

SALAM terakhir diberi sebelum Ammar meraup mukanya. Kemudian, dia menadah tangan untuk membacakan doa. Ketika dia membacakan doa, matanya jatuh pada kalendar yang tergantung bersebelahan meja cermin.

November. Bulan dan dalam masa yang sama adalah hari terakhir dia berada disini. Ya, hari ini mereka akan ke kem kepimpinan pengawas sekolah di Seremban. Tempat yang menjadi saksi Dian berkecil hati padanya. Pada akhirnya, membawa Ammar merentasi masa untuk betulkan segalanya.

Pandangan sinis yang Dian tidak akan pernah lupakan. Pandangan mata yang menghancurkan jiwa gadis itu.

Pertemuan antara Ammar, Sufi dan Pakcik Misteri tempoh hari begitu mengejutkan untuk dia. Bila dia balik ke rumah, airmatanya tidak berhenti mengalir. Sampai ke pagi dia menangis. Habis bengkak-bengkak mata. Terpaksalah dia melarikan diri dari Dian.

Setiap kali dia lihat muka Dian, mesti dia rasa kasihan. Buatlah apa-apa sekali pun, Dian tetap tidak boleh diselamatkan. Mungkin memang takdir Dian begitu.

Hendak atau tidak, dia memang perlu ikhlaskan hatinya. Orang yang dah tiada, memang kekal tiada.

Ammar melipat sejadah dan digantung pada ampaian. Buku diari Smiley Dian yang berada diatas meja diambil dan dibaca.

Mengikut dari apa yang Pakcik Misteri beritahu kelmarin, pada malam yang Dian meninggal dunia sebenarnya Dian ke sekolah untuk menyimpan diari itu kedalam lokar di kelas 5 Jujur.

Maksudnya pada hari terakhir persekolahan, Dian bukannya letakkan buku diari merah itu dalam lokar. Sebenarnya, dia ambil diari itu untuk bawa balik. Lima tahun kemudian sebelum Dian ke luar negara, dia pergi ke sekolah untuk simpan diari tersebut. Dia simpan diari itu didalam lokar adalah kerana dia ingin buang kenangan dengan Ammar sebelum dia pergi.

Siapa sangka, malam itu dia pergi untuk selamanya.

Seperti yang dia ketahui sebelum ini, Dian berhenti menulis tentang Ammar tepat selepas mereka pulang dari kem kepimpinan.

Jika Dian bawa pulang diari itu dan simpan sehingga lima tahun sebelum dia pergi, pasti dia ada menyimpan sesuatu didalamnya.

Ammar menyelak satu persatu helaian mukasurat dan dia dapat melihat sebuah nota pada mukasurat terakhir.

Yo Ammar, aku tahu kau tak akan baca buku ni. Tapi, aku tetap nak luahkan semuanya sebelum aku buang dalam lokar. Mesti kau tertanya-tanya kan, kenapa aku buang dalam lokar? Tak ada sebab pun. Cuma bagi aku, kalau simpan dalam lokar mungkin aku akan terlupa dan tak akan cari buku ni sampai bila-bila.

Well, aku ingatkan coretan tahun 2009 tu adalah yang terakhir. Sebab aku andaikan yang aku dah betul-betul move on. Tapi sangkaan aku meleset jauh. Lepas balik dari kem tu, aku masih rindu nak cakap dengan kau.

Hahaha. Tapi tu lah, macam aku saje yang rindu. Kau nampak okey dengan Sufi. Aku tak salahkan dia. Dia memang sempurna. Aku doakan kau ada jodoh dengan dia.

Oh ya, dalam dua hari lagi aku dah nak pergi New Zealand. Aku dapat sambung belajar! Aku terhutang budi dengan kau, Ammar. Selain keluarga aku, kau pun adalah punca pada kejayaan keputusan SPM aku. Demi nak buktikan pada kau, aku belajar sungguh-sungguh.

Bak kata satu perumpamaan,

'Perancangan Allah itu sangat indah jika kita pandang sesuatu yang tersakiti dari sudut yang berbeza.'

Kau tahu, aku dapat masuk diploma undang-undang! Aku nak bagitahu kau tapi tak kesampaian sebab aku dah lost contact dengan kau. Aku dah buang nombor kau. Konon boleh move on bila buang nombor, tapi aku masih rindu nak sembang dengan kau.

Parallel ✔Where stories live. Discover now