AMMAR melakarkan satu peta minda untuk mencantumkan kisah Sufi dan Dian. Mungkin dengan melakarkan kisah mereka, boleh memberi jalan untuk Ammar selesaikan misteri ini satu persatu.
Dian
- Telah mati 6 tahun yang lalu.
- Punca kematian (mungkin Leukimia).
- Bermusuh dengan Farhah, Adriana dan Dalilah.
- Cuma cemburu dengan Sufi tapi tak ada masalah (confirmed).Sufi
- Kemalangan sama dengan Ammar.
- Mungkin mati atau koma.
- Cuma bermusuh dengan Dian kerana jawatan.
- (Info baru) Bermusuh kerana hidup dan mati? Motif?Pakcik Misteri
- Roh?"Tak apa, Ammar. Kau boleh selesaikan semuanya, insha-Allah." bisik Ammar. Dia mencapai kerusi yang ada pada meja belajar dan melabuhkan punggungnya.
Tiada guna pun kalau dia terus-terus melawan Sufi. Api berlawan dengan api, memang maraklah jawabnya. Jika Sufi adalah api, maka dia perlu menjadi air untuk meredakan keadaan.
Dia juga perlu kembalikan jalan cerita mereka kedalam trek asal. Kalau Sufi terlalu ikutkan perasaan untuk hancurkan hidup Dian, maka kisah silam mereka didunia ini akan berubah 100%. Bukan sahaja berubah, malah akan mengorbankan nyawa antara mereka berdua.
Kalau Sufi melampaui batas, maka Sufi akan lenyap disini.
Kalau dia gagal untuk kembalikan Sufi, maka dia pun turut sama mati.
Nyawa mereka betul-betul dihujung tanduk. Ini barulah yang dinamakan, bertarung dengan nyawa. Silap langkah memang hi hi, bye bye.
Kting!
Bunyi notifikasi mesej menyentakkan lamunan jauh Ammar. Dia mencapai telefon bimbit yang berada diatas meja. Terpapar nama Dian sebagai individu yang menghantar mesej kepadanya.
Tomboy Tisu
Ammar, kecemasan! Datang auditorium sekolah sekarang!Ammar menggelabah apabila mendapat mesej begitu dari Dian. Dengan pantas, dia mencapai baju jersi dengan gambar anime dan dipadankan bersama seluar trek. Kemudian, dia bergegas keluar daripada rumah dan menuju ke sekolah.
▪︎▪︎▪︎
Ammar memandang Dian dengan perasaan yang penuh geram. Kecil besar sahaja dia melihat Dian ketika ini. Kalau boleh sentuh, memang dia cekik-cekik sahaja. Tak ada dah nak fikir panik atau takut.
"Kau ni memang sengaja, kan?" soal Ammar tidak berpuas hati. Dia bercekak pinggang dan membuat muka tidak berpuas hati.
"Aku saje nak usik kau. Janganlah serius sangat." usik Dian. Dia menampalkan senyuman manis yang menampakkan barisan gigi. Buat muka tak bersalah pula, cis!
"Memanglah aku kena serius. Macam nak tercabut jantung aku bila dapat mesej macam tu. Aku bermati-matian ingat yang kau ni memang dalam bahaya. Bila aku datang, hampeh!" rungut Ammar.
Dian menguis lantai auditorium apabila diceramah secara percuma dengan Ammar. Itulah, siapa suruh buat main-main dengan orang punya panic attack. Itu makan dia.
"Tapi aku memang memerlukan kau pun sekarang ni." kata Dian.
Ammar menjungkitkan keningnya. "Kau nak minta tolong apa?"
"Hujung bulan ni, kelas 4 Jujur ada terlibat dengan pementasan untuk minggu Bahasa Melayu. Memandangkan kelas kau dah pernah buat, aku nak minta tolonglah." jelas Dian.
"Itu rupanya. Kalau cakap terus-terangkan, senang. Kau nak aku tolong apa?" soal Ammar. Sempat lagi dia nak selitkan rasa tidak puas hatinya.
"Tolong latih aku untuk drama ni. Aku dapat watak nenek ahli sihir. Macam mana ni, Ammar?" keluh Dian.
YOU ARE READING
Parallel ✔
FantasyTale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...