BAB 58

17 8 0
                                    

"BOLEH percaya ke cakap kau ni?" soal Dian, tidak berpuas hati. Dia bercekak pinggang sambil mata tajam menjeling Farhan. Entah apalah yang kawan baik dia itu minat sangat dengan si sotong ini. 

"Boleh, boleh! Aku tengah pertaruhkan nyawa aku kut. Takkan aku nak menipu untuk mati. Nanti, aku mati sia-sia saje. Belum sempat bertaubat." bebel Farhan.

"Tahu pun. Kau ingat dengan aniaya aku dan mencalarkan kereta cikgu tu, tak berdosa ke? Kalau aku ni tak ada iman dalam hati, dah lama aku cekik kau. Lepas tu, humban kepala kau dalam tasik. Biar hilang kepala kena makan dengan buaya!" ugut Dian.

"Tak habis-habis nak bagi aku kena makan dengan buaya. Benci sangat ke kau dekat aku ni?" getus Farhan.

"Daripada kau tanya aku, baik kau tanya Izzati sendiri. Kau dah banyak sakitkan hati dia tau." kata Dian.

Farhan terus memandang muka Izzati yang terkulat-kulat ingin melarikan diri. Bungkam terus Izzati dibuatnya. Dian ini memang sejenis makhluk yang mulutnya tidak berlesen langsung.

Farhan tidak faham dengan kata-kata Dian dan terus sahaja beralih topik.

"Jadi, aku dah bebas ke? Aku dah boleh keluar kan? Tolonglah bebaskan aku." rayu Farhan.

"Boleh, sebelum tu ada satu lagi cabaran kau kena hadap. Sekejap." kata Ammar. Dia menyelongkar beg sekolahnya dan mengeluarkan sarung tangan penjaga gol. Mujurlah Akmal tidak menggunakan benda itu, jadi dia pinjam untuk sementara waktu.

Sarung tangan tadi diserahkan pada Izzati. 

"Kau nak buat apa tu?" soal Farhan, panik.

"Kau sabar sekejap." kata Izzati.

Farhan yang sedia menanti, hanya termenung melihat Izzati menyarungkan sarung tangan penjaga gol itu. Kemudian, satu tumbukan hinggap dipipinya.

"Tumbukan pertama sebab kau tak nak datang untuk jadi komander pada kumpulan kawad." pekik Izzati sekuat hati. Melampiaskan semua amarah yang dipendam dari awal. Dia sedar yang dia sering dipergunakan oleh lelaki itu. Dia sahaja yang butakan mata. Konon sebab crush. Secret admirer. Apa-apa sahajalah.

Tumbukan kedua pula singgah dipipi kiri Farhan.

"Tumbukan kedua sebab kau tak jujur dengan Cikgu Marina dan suruh setiausaha kau sorokkan buku laporan untuk berbulan-bulan lamanya." kata Izzati.

Akhir sekali, Izzati menumbuk kedua-dua belah pipi Farhan. Nasib baiklah kesakitkan yang dia rasai ada pada skala sederhana. Kalau tinggi tekanan tumbukan itu memang berterabur gigi dibuatnya.

"Akhir sekali, sebab kau suka mainkan hati aku." pekik Izzati sebelum mencabut sarung tangan itu dan dicampak keatas tanah.

"Aduh, macam mana kau tahu ni? Korang tak akan bagitahu pasal ni dekat Cikgu Marina, kan? Tolonglah, Zati. Kalau kau nak kita couple, sekarang juga aku ikutkan." kata Farhan. Ganas betullah tiga orang manusia dihadapannya ini.

"Kau ni memang tak serik, kan? Kau nak couple dengan kawan baik aku sebab nak lepaskan diri saje? Aku tambah lebam dekat kepala kau nanti." ugut Dian.

Ammar hanya tersenyum nipis. Terhibur melihat cara Dian yang bermati-matian melindungi kawan baik sendiri. Nasib baiklah Dian ini dapat juga kawal kemarahan fizikalnya. Kalau tidak, dengan Ammar sekali makan penumbuk.

"Farhan, aku dah pernah cakap pasal ni dengan Alya. Dan aku cakap benda sama pada kau pula. Tolong putuskan hubungan kau dengan Sufi. Jangan tolong dia lagi. Dan jangan lakukan apa-apa kesalahan lagi. Kalau tidak, aku akan sampaikan semua kesalahan kau ni pada Cikgu Marina." kata Ammar.

Parallel ✔Where stories live. Discover now