BAB 49

18 8 1
                                    

DIAN bergerak kehulur dan kehilir bersama skrip drama untuk pementasan. Gigih jugalah dia berlatih dari pagi sampai ke petang. Memang tidak kenal erti rehat langsung.

"Ammar, aku masih tak boleh nak hafal skrip dia. Emosi pun masih berkecamuk. Kadang-kadang, otak aku jadi blank bila naik atas pentas. Aku buntulah." adu Dian. Dia mencabut topi ahli sihir lalu diletakkan keatas meja batu.

Dia mengipas dirinya menggunakan buku skrip dalam tangan.

"Kau dah baca banyak kali ke? Ini mesti kau liat nak baca masa dekat rumah kan?" soal Ammar. Suka hati dia sahaja hendak serkap jarang orang begitu sahaja.

Masih Ammar ingat bagaimana dia melihat Dian melakonkan watak sebagai ahli sihir ketika 11 tahun dulu. Sejujurnya, Dian kelihatan sangat gugup ketika itu. Kerap juga dia terlupa dengan dialognya.  Sebaik sahaja kelas mereka selesai dengan pementasan, dia nampak Dian menangis teresak-esak dibelakang pentas.

"Apa yang membuatkan kau susah nak menghafal?" soal Ammar.

Dian mengusap dagunya yang jelas tidak mempunyai sehelai janggut pun.

"Mungkin sebab aku tak ada pengalaman kut." balas Dian, selamba.

"Kalau kau tak ada pengalaman, memang susahlah. Macam mana nak mewujudkan pengalaman sebagai ahli sihir? Takkan kau nak kena jadi tok bomoh betul-betul pula supaya dapat feel sebagai ahli sihir. Ish, syirik!" tegur Ammar.

"Aku bukannya nak jadi ahli sihir sangat pun. At least, aku kena belajar pergerakan seorang ahli sihir. Nak tengok bagaimana ekspresi wajah mereka bila tengah marah. Bagaimana mereka berjalan. Bagaimana cara mereka bercakap. Banyak benda nak kena belajar tu!" kata Dian.

"Kau belilah DVD blue-ray Snow White. Baca buku kisah dongeng ke." Ammar memberi idea yang dirasakan paling bernas itu.

"Adui, macam manalah aku nak tiru pergerakan kartun? Cuba logik sikit idea tu, Ammar." keluh Dian.

Ammar mencebik apabila ideanya ditolak mentah-mentah dengan Dian. Mereka berdua hanya duduk dikerusi batu tanpa berkutik walau sedikit. Masalah dikepala jauh lebih berat untuk difikirkan berbanding berbual kosong seperti biasa.

"Hai, korang." sapa Iman yang nampak mengah sebaik sahaja tiba dimeja mereka.

Safiya dan Shafiq yang kerap berkepit pun turut menghampiri meja mereka.

"Mengahnya. Kau duduk jauh-jauhlah. Menyemak betul." halau Safiya sambil menolak tubuh keding Shafiq kearah kerusi Ammar.

"Ish!" Shafiq mencebik.

"Korang dari mana ni? Nampak macam penat saje?" soal Dian.

"Memang penat, kak. Kami terpaksa berulang-alik dari tandas ke bilik guru untuk bertemu dengan Cikgu Haslina." jelas Safiya.

"Apa masalah kali ni?" soal Ammar. Dia sudah dapat menghidu bau masalah lebih besar yang akan bertandang apabila Sufi mengugut dia beberapa hari yang lalu. Memang tepat seperti jangkaannya.

"Ramai budak batch akak dan abang-abang yang mengadu tentang penggunaan tandas diaras kelas korang. Kata mereka, senior tingkatan lima dah gunakan tandas rosak tu untuk kegunaan yang salah iaitu hisap rokok." kata Shafiq.

"Apa lagi ni? Masa kumpulan kita jaga pintu belakang, Hisham buat hal. Bila Cikgu Haslina pindahkan kita ke biro bangunan, jadi macam ni pula." keluh Dian.

"Aku pun tak fahamlah. Tapi, ramai batch kita dah mengadu pasal ni dekat Cikgu Haslina. Macam biasalah, cikgu mesti sembur kau kaw-kaw punya. Cikgu Haslina kata yang kau tak jaga bahagian bangunan betul-betul." ujar Iman.

"Aku sendiri pun baru tahu pasal masalah ni, kenapa salah aku pula?" getus Dian.

"Sebab kau ketualah, bertuah." balas Ammar.

"Ish, aku tahulah." balas Dian, acuh tidak acuh.

"Tapi, bukankah tandas untuk murid tingkatan empat memang berkunci sebab ada masalah maintenance? Korang semua pun kena tumpang tandas aras dua kan?" soal Safiya, meminta kepastian.

"Ha'ah. Itulah yang pelik. Siapa pula pandai-pandai buka tandas tu?" soal Iman.

Ammar masih diam tidak berkutik. Sesungguhnya, dia memang geram dengan sikap Sufi yang memang tidak mahu mengalah. Kalau dia susah untuk mengalah kerana perkara baik, memang Ammar tidak mahu masuk campur. Masalahnya, Sufi ini memang ada niat untuk rosakkan takdir asal Dian disini.

"Berapa orang murid tingkatan lima yang selalu melepak disitu?" soal Ammar.

Iman berkira-kira menggunakan jarinya.

"Dalam lima orang?" soal Iman.

"Korang dah tahu ke siapa yang arahkan untuk tandas tu dibuka?" soal Ammar lagi.

"Kami ada tanya Abang Kebun. Dia cakap ada seorang pengawas sekolah yang arahkan dia untuk buka. Dengan alasan, Cikgu Haslina minta untuk tandas itu dibuka sebab tak mahu murid tingkatan empat menggunakan tandas berhampiran kelas tingkatan lima. Konon takut mengganggu sesi pembelajaran mereka." jelas Safiya.

"Lepas tu, Abang Kebun tu ikutkan saje?" Ammar seperti tidak percaya apabila dia mendengar sendiri aduan mereka bertiga.

"Macamlah abang tak kenal perangai Abang Kebun tu. Dia kan macam lurus bendul sikit. Senang sangat kena tipu." Shafiq memberi komen.

"Ada pengawas cuba nak sabotaj kau lagi, Dian." kata Ammar.

Mereka berempat bertukar semangat untuk mengetahui maksud tersirat dari kata-kata Ammar itu. Wajah mereka dirapatkan, telinga pula dibesarkan.

"Siapa pengawas tu?" soal Dian.

Ammar mengeluh perlahan sambil menepuk kepalanya. Aduhai, kuat betul aura lurus bendul Abang Kebun itu sampai terkena tempiasnya pada Dian. Bukannya Dian tidak kenal gerangan yang berniat untuk sabotaj dirinya, tapi dia boleh bantai tidak ingat?!

"Okey tak apa. Dia nak ajak kita bermain, kita akan sahut cabaran dia." kata Ammar.

Walaupun mereka berempat tidak memahami kata-kata Ammar, mereka tetap ingin fokus pada rancangan yang ingin diatur.

"Ada tak murid-murid yang mengadu tu beritahu waktu bila mereka diganggu dengan bau asap rokok?" soal Ammar.

"Waktu rehat menengah atas." ujar Shafiq.

"Okey, bagus. Shafiq, aku arahkan kau untuk pujuk Abang Kebun supaya buka pintu bilik persalinan yang berhampiran padang." ujar Ammar.

Shafiq mengangguk sebagai tanda dia menerima arahan itu. Bulu romanya automatik tegak berdiri apabila teringatkan bilik persalinan usang yang sudah bertahun tidak digunakan. Sudahlah semerbak baunya. Entah apalah yang Ammar mahu lakukan dengan bilik itu.

"Iman, kau dengan aku akan settle-kan senior tu mengikut cara mereka."

Iman mengangguk.

"Dian." panggil Ammar.

Dian segera menoleh.

"Kau nak jadi ahli sihir sebenar kan?" Ammar menyoal sambil mempamerkan senyuman penuh misteri.

"Maksud kau?"

"Aku akan jadikan kau ahli sihir paling licik. Safiya, kau akan ikut Dian." kata Ammar.

Safiya mengenyitkan mata. Dengan pantas, Shafiq memijak kasut Safiya senyap-senyap. Gatal pula dia nak main kenyit-kenyit mata dengan abang senior seorang tu. Bagus lagi dia kenyit mata dekat aku. Hesy!

"Kita lancarkan misi kita bermula hari ni." kata Ammar.

▪︎▪︎▪︎

Parallel ✔Where stories live. Discover now