"MASUK seminggu ni, cikgu asyik terima aduan tentang pelajar senior yang masuk ikut pintu belakang. Macam mana awak buat kerja ni, Dian? Awak jaga ke tidak?" soal Cikgu Haslina.
"Saya boleh bersumpah, cikgu. Saya memang jaga. Malah, saya memang tak nampak sesiapa pun yang bolos daripada pintu belakang." balas Dian.
Dia sendiri pun tidak pasti bagaimana murid yang dikatakan oleh Cikgu Haslina tadi boleh berlari ikut pintu belakang. Walhal, dia bersama dengan Safiya dan Shafiq memang sentiasa berkawal disana.
"Kalau awak jaga, tak mungkinlah tukang kebun dan beberapa orang pengawas mengadu tentang ini." balas Cikgu Haslina.
Dian betul-betul terkelu lidah.
"Tapi cikgu, saya pun ada benda yang saya nak mengadu pada cikgu." kata Dian.
"Teruskan."
"Minggu lepas, ada seorang senior tingkatan lima yang marah-marah ahli kumpulan saya sebab tak alihkan daun pisang. Puncanya sebab daun pisang tu menghalang motor dia daripada bergerak. Tapi, saya tengok elok saje dia parkir." jelas Dian.
"Lagi?"
"Kemudian, Ammar tegur dia sebab musykil tentang aduan dia tu. Iyalah, setiap pagi memang tukang kebun yang bersihkan daun-daun dikawasan parkir motorsikal. Tiba-tiba saje hari tu, ada daun pisang bersepah-sepah. Dan yang paling musykil bila daun pisang tu cuma bersepah dikawasan setempat saje.
Bila Ammar dan Shafiq tegur senior tu, dia cuma marah-marah dan berlalu pergi. Beberapa hari lepas tu, kami dah tak nampak senior tadi lalu dijalan yang sama. Dia bahkan tak bawa motornya untuk parkir disitu." jelas Dian, panjang lebar.
"Jadi kamu cuba cakap murid yang bolos ikut kawasan belakang sekolah, adalah murid sama yang marah pada kumpulan kamu?" soal Cikgu Haslina meminta kepastian.
"Saya tak nak tuduh. Tapi, saya yakin dia adalah orang yang sama. Bila saya tanya pada kumpulan yang jaga pagar utama sekolah, mereka kata mereka memang tak nampak senior tu lalu disana." Dian berusaha menjelaskan dengan lebih terperinci.
"Okey. Andai kata, memang betullah dua murid itu adalah orang yang sama. Macam mana dia boleh lari ikut pintu belakang sekolah? Sedangkan kita tahu, sekolah ni memang ada dua pintu utama saje. Pintu depan dan pintu belakang. Kemudian, apa motif dia untuk buat semua ni?" soal Cikgu Haslina.
Dian tergigit bibir sekali lagi. Kenapalah dia tidak boleh berehat langsung?
Ada sahaja masalah yang melanda. Bila satu masalah selesai, datang pula masalah baru. Walaupun dia tak ada bukti dengan tekaannya, tapi dia cukup yakin semua ini ada kaitan 100% dengan Sufi.
"Tak apa, cikgu. Cikgu beri saya masa selama satu minggu untuk selesaikan semua ni. Insha-Allah, saya akan jumpa jalannya." ujar Dian, berjanji.
Cikgu Haslina bersetuju dan mengharapkan jalan penyelesaian yang pantas dari 'squad' pimpinan Dian.
▪︎▪︎▪︎
"Apa kita nak buat ni, kak?" soal Safiya. Hampir kemurungan dia apabila asyik dimarahi oleh Cikgu Haslina atas sebab yang hampir sama setiap hari.
Ada orang ponteng sekolah.
Ada orang pecah masuk sekolah ikut pintu belakang.
Ada orang rosakkan tanaman sekolah.
Menderu-deru aduan yang mereka terima. Kalau tidak daripada Cikgu Haslina, mesti ada pengawas biro lain yang nampak. Jika aduan tersebut sampai pada Cikgu Haslina, alamatnya tunggang-terbaliklah hidup mereka.
YOU ARE READING
Parallel ✔
خيال (فانتازيا)Tale No. 1 : Parallel mengisahkan tentang Ammar seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan memang tidak suka untuk ambil tahu hal sekeliling. Menjadikan hidupnya huru-hara dek kerana sikapnya yang pentingkan diri. Gambar seorang gadis yang dit...